Sebelum aku tertengok drama Class of Lies, aku tercari-cari drama yang popular. Tapi ada juga drama popular yang aku tak tengok lagi. Contohnya, Hotel Del Luna, Goblin, Legend Of The Blue Sea, Memories of The Alhambra, 100 Days My Prince, Sky Castle dan macam-macam lagi lah. Kalau jalan cerita yang terlalu lovey dovey ni aku kurang minat sikit nak tengok. Aku suka jalan cerita budak zaman sekolah atau kalau yang ada lovey dovey aku akan pastikan ada elemen kelakar. Memang aku akan baca sinopsis dan pelakon dulu walaupun aku tak kenal, barulah aku akan layan sesuatu drama. Contohnya drama Love With Flaws ni. Pelakon perempuan nampak cute, poster macam gaduh-gaduh manja gitu dan sinopsis pun menarik.
SINOPSIS : Lee Kang-Woo merupakan seorang lelaki kacak yang sering menjadi perhatian pada mana-mana wanita yang menatap wajahnya. Walaupun memiliki paras rupa yang kacak, dia pernah mengalami trauma di zaman persekolahan semasa dia menaiki bas bersama rakan-rakan sekolahnya bagi mengikut lawatan sambil belajar. Cintanya juga pernah ditolak oleh Joo Seo-Yeon, seorang rakan perempuan di sekolahnya kerana rupanya hodoh dan badannya gemuk. Sejak saat itu, Lee Kang-Woo telah terobsesi dengan penampilan dirinya. Tetapi, setiap kali dia teringat kisah zaman persekolahannya, dia mula megalami sindrom usus dan kerap ke bilik air.
Masa pun berlalu. Joo Seo-Yeon telah bekerja sebagai seorang guru P.E. Dia tidak suka lelaki kacak akibat pelbagai masalah yang telah dialaminya dek kerana adik-beradiknya yang kacak dan popular. Dia menilai lelaki berdasarkan paras rupa dan menganggap lelaki kacak tiada nilai dan hanya memberikan masalah kepada perempuan. Lelaki idealnya adalah seorang yang normal. Lee Kang-Woo kembali ke Korea setelah sekian lama kerana rakan zaman kanak-kanaknya, Park Hyun Soo telah menjemputnya untuk menyertai agensi pemodelannya. Lee Kang-Woo mengelak daripada bertemu dengan ibu, bapa dan neneknya kerana dia tidak mahu mewarisi perniagaan keluarga. Walaubagaimanapun, rakannya telah memerangkap Lee Kang-Woo yang menyebabkan dirinya masuk ke dalam dunia perniagaan.
Lee Kang-Woo telah melawat pakar psikiatri bagi merawat traumanya. Dia mendedahkan bahawa sering melukis gambar seorang wanita tapi tidak dapat mengingati wajah secara jelas. Rupanya wanita dalam lukisan tersebut adalah Joo Seo-Yeon. Pakar psikiatri memberi kesimpulan bahawa wajah wanita tersebut boleh mengubati trauma yang dialami oleh Lee Kang-Woo. Lee Kang-Woo dan Joo Seo-Yeon bertemu tanpa sengaja semasa menghadiri perjumpaan sekolahnya. Pertemuan antara mereka berdua pada mulanya adalah berhujah tentang salah faham yang berlaku. Tanpa disedari bibit-bibit percintaan antara sama lain mulai bercambah antara mereka.
- Drama : Love With Flaws (English title) / People with Flaws (literal titlle)
- Director : Oh Jin-Seo
- Writer : An Shin-Yoo
- Network : MBC
- Episodes : 32
- Release Date : November 27, 2019 - January 16, 2020
- Runtime : Wednesday & Thursdays 21:00 (35 minutes each / 2 episodes per day)
- Language : Korean
- Country : South Korea
Selamat menonton!
No comments:
Post a Comment