Assalamualaikum...
Cuma part ending aku rasa tak real. Siapa dah tengok filem ni akan faham maksud aku. Selalunya aku akan rasa terbayang-bayang kalau tengok filem seram. Mungkin masa tengok filem ni, aku banyak tutup muka dengan tudung. Sebab tu ada scene seram yang aku tak ingat. Tapi scene yang berbisik dekat telinga tu memang jadi terngiang-ngiang dibuatnya. .__."
Ahad lepas encik Suami dah janji nak bawa aku tengok wayang dan jalan-jalan. Walaupun dah tak bermukim dekat area Kuala Lumpur, kita orang kalau nak berjalan mesti akan pergi ke situ juga. Sebab dah terbiasa. Beberapa hari sebelum tu, aku ada tengok gazette filem Makmum dekat Facebook dan terasa nak tengok dengan encik Suami. Bila bagitahu dekat encik Suami, dia pun macam nak bagi tak nak bagi. Sebab dia tahu sangat yang aku ni boleh tahan penakut. Makanya, hasrat nak tengok filem seram terpaksa dibatalkan. Lagipun encik Suami kerja shift. Kadang kerja pagi, kadang kerja petang, kadang kerja malam. Kalau dia kerja malam yang mengundang keresahan sikit. Mujur Mak aku ada sebagai peneman dekat rumah.
Bila hasrat nak tengok wayang dah terbatal, encik Suami ajak beli barang rumah dekat Ikea Cheras & Mytown Cheras. Tapi aku ajak encik Suami pergi Berjaya Times Square dulu. Dah lama sangat tak shopping dekat situ. Dulu masa menetap dekat Cheras, boleh dikatakan setiap minggu aku dan encik Suami pergi BTS. Tu yang penuh almari rumah dengan baju aku. Lepas lunch & solat, kita orang window shopping. Tapi aku tak beli apapun sebab tak ada yang berkenan. encik Suami je lah yang beli kasut jogging sampai dua pasang. Murah katanya. Memang dari awal kenal, encik Suami memang seorang yang tak reti beli barang mahal-mahal. Selagi ada yang murah dan cantik pada mata dia, dia akan beli. Kalau tak, memang takkan beli. Dia memang penjimat cermat orangnya tak macam aku pemboros. ._."
Bila dah pusing satu pusat beli belah, tiba-tiba encik Suami ajak tengok wayang. Kita orang pun decide lah nak tengok filem Makmum. Nak sedapkan hati aku, encik Suami cakap "Takpe, malam ni Abang ada dekat rumah. Esok Abang kerja petang balik malam." Fuhhh... Bila dengar macam tu legalah sikit hati aku. Aku pun booklah tiket yang paling awal.
Bagi aku filem Makmum ni agak seram untuk orang penakut macam aku. Part awal, memang ada beberapa scene yang buat aku terkejut. Contohnya,
- diganggu masa solat
- diganggu dalam bilik air
- kena rasuk
- kena pekik
Cuma part ending aku rasa tak real. Siapa dah tengok filem ni akan faham maksud aku. Selalunya aku akan rasa terbayang-bayang kalau tengok filem seram. Mungkin masa tengok filem ni, aku banyak tutup muka dengan tudung. Sebab tu ada scene seram yang aku tak ingat. Tapi scene yang berbisik dekat telinga tu memang jadi terngiang-ngiang dibuatnya. .__."
sumber : www.google.com |
Filem Makmum diadaptasi daripada sebuah filem pendek arahan Riza Pahlevi. Ia berkisarkan tentang tiga orang gadis (Nurul, Putri & Nisa) yang sering diganggu oleh makhluk halus. Mereka bertiga merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah. Pada musim cuti sekolah, hanya mereka bertiga sahaja yang tinggal di asrama sekolah menengah tersebut kerana tidak mencapai keputusan peperiksaan yang tidak memberangsangkan. Oleh sebab itu, mereka bertiga tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing dan . Setelah beberapa kali diganggu ketika solat tahajjud dan dirasuk, mereka akhirnya memberitahu guru besar asrama berkenaan. Namun guru besar tidak mempercayai kata-kata anak muridnya itu dan menganggap ia merupakan alasan untuk mereka bertiga mahu keluar dari asrama berkenaan. Sehinggalah mereka bertiga bertemu dengan alumni sekolah menengah iaitu Rini yang pernah bekerja di rumah mayat. Rini mengambil keputusan untuk tinggal dan bekerja secara sukarela di asrama tersebut setelah dihalau keluar dari rumah sewanya kerana tidak membayar sewa rumah selama beberapa bulan. Apabila Rini telah diganggu oleh makhluk halus ketika tinggal di asrama, dia akhirnya mempercayai kata-kata gadis berkenaan. Kerana rini juga pernah mengalami situasi berkenaan semasa bekerja di rumah mayat. Rini telah meminta bantuan daripada Ustaz Ganda untuk memulihkan keadaan di asrama tersebut. Siapakah di sebalik makhluk halus yang sering menganggu mereka semua di asrama? Apakah kejadian yang pernah berlaku di asrama? Apakah misteri di sebalik kejadian tersebut?Aku taknaklah spoil kan kau orang dengan bagitahu pengakhiran filem Makmum ni. Kau orang kenalah tengok sendiri. Kalau bagitahu tak seronok pula kau orang nak tengok. Kalau dah tengok filem Makmum, apa pendapat kau orang? Takut tak? Cuma dalam filem ni, Ustaz Ganda ada sentuh tentang makhluk halus iaitu Khanzab. Khanzab tu siapa?
sumber : www.twitter.com |
Selamat menonton!
No comments:
Post a Comment