Friday 29 September 2017

Hari Penternak, Peladang Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017.

Assalamualaikum...

Jumaat lepas tengah sibuk dengan buat jeli yang dibalut dengan filem boleh makan dan kursus pengurusan jenazah, officemate tanya nak ikut ke jaga pameran dekat atas HPPNK 2017 dekat Maeps, Serdang. Mulanya malas nak pergi. Tapi bila dah lama tak jaga pameran, aku mengiyakan je. Sebelum nak balik, pegawai whatsaap tanya kalau nak jaga pameran boleh je ikut sekali dengan officemates yang lain menggantikan pegawai. Aku biasalah saya yang menurut perintah. 

Rupa-rupanya sampai je dekat booth MARDI, nama aku tersenarai dalam jadual jaga pameran. Oh NO! Hari sabtu dari petang sampai malam. Officemate bagitahu ada dekat email. Aku check banyak kali tak ada pun. Aku screenshot je dari handphone officemate. Takut terlupa. Baru je nak jalan-jalan dengan encik Suami hari tu. Takpelah, jalan dekat HPPNK 2017 je nanti. 

Apa tu HPPNK? HPPNK adalah singkatan untuk Hari Penternak, Peladang Dan Nelayan Kebangsaan. HPPNK merangkumi :
  • mengiktiraf peladang, penternak dan nelayan yang telah mencapai kejayaan dalam menghasilkan produk serta inovasi pertanian dalam membantu menjamin sekuriti dan kedaulatan makanan negara.
  • kerjasama strategik antara agensi dan jabatan di bawah MOA diharap dapat meningkatkan momentum pembabitan teknologi dan inovasi dalam semua sektor bagi menjamin pengeluaran bekalan makanan dan pertanian negara.
  • menyasarkan penjualan kira-kira 30 juta.
  • pelbagai program bagi menarik minat orang ramai menyertai bidang pertanian khususnya golongan belia.

Nanti aku update lagi ye. Masa jaga booth tak sempat nak jalan-jalan dekat situ. Sebab masing-masing nak balik awal pejabat. .__.

No comments: