Friday 19 May 2017

Shopping Online - Lazada.

Assalamualaikum...  

Aku dah lama nak belikan Papa walkman. Dari bulan lepas lagi nak beli. Tapi asyik bertangguh-tangguh. Bukan apa, takut takde orang yang nak ambilkan. Minggu lepas balik hari ke Penang. Makanya, hari ni aku kena beli juga. Papa memang suka dengar walkman. Tak adalah boring sangat kat rumah. Ye tak? Dah alang-alang aku beli walkman online, aku terjumpa satu laman web ni. Boleh dikatakan macam-macam ada. Semuanya dengan harga mampu milik. Cuma kena tambah pos penghantaran kalau nak cepat sampai lah. Kalau penghantaran biasa pun boleh, cuma lambat sikit. Aku pasti mesti ramai dah biasa shopping online dekat Lazada. Aku tak biasa, hari ni baru cuba shopping dekat situ. Setakat ni, memang mudah dan tak ada masalah. Guna apps pun boleh. Search Lazada dekat Android atau IOS. Aku shari lah sedikit sebanyak macam mana nak shopping dekat Lazada untuk orang yang baru pertama kali nak beli. Here we go!

  1. Search laman web https://www.lazada.com.my/

  2. Click Login. Ia akan keluar Email Address dan Password. Click Login.
  3. Kalau belum pernah ada account Lazada, click SignUp, isi maklumat anda (Email, Name & Password). Pastikan anda memasukkan email yang sedia ada dan ingat password anda. Click Submit.

  4. Account anda telah berjaya didaftar. Click Login semula. Taip Email Address dan Password anda. Click Login

  5. Anda akan nampak Get App, Sell On Lazada, Customer Care, Track My Order, Account dan Tukar Bahasa di bawah web address. Click Account. Anda akan nampak Manage My Account, My Orders, Wishlist, My Reviews, My Return & Cancellation dan Logout. Click Manage My Account. Anda boleh edit Personal Information, Default Shipping Address dan Default Billing Address.

  6. Anda akan nampak tab Electronics, Women's Fashion, Men's Fashion, Home & Living, Health & Beauty, Baby & Toys, Sports & Travel, Motor, Groceries & More, Highlights dan Ramadhan Bazaar. Anda boleh click dan nampak pelbagai produk . Boleh pilih-pilih dulu. Kalau dah berkenan, click pada gambar. Akan keluar info tentang produk tersebut. Click Add To Cart.

  7. Anda akan nampak My Shopping Cart. Kalau nak pilih lagi barang, click Continue Shopping. Kalau nak terus bayar, click Proceed To CheckoutDekat My Shopping Cart, semua maklumat tentang barang akan keluar. Boleh re-check sebelum membuat pembayaran. 

  8. Akan keluar Shipping Address, Shipping Options dan Order Summary. Pastikan Nama dan Alamat adalah betul. Bagi setiap barang, anda boleh pilih penghantaran sama ada : Economy Delivery - RM3.00, Standard Delivery - RM4.50, Express Delivery - RM7.00. Scroll hingga ke bawah dan click Continue.

  9. Anda akan nampak Payment Options, Shipping & Billing  Address dan Order Summary. Kalau ada Voucher Code, masukkan.
  10. Boleh pilih Payment Options sama ada Credit or Debit Card, Online Banking, Cash On Delivery, Alipay, PayPal, Cash at 7-Eleven atau Maybank Installments. Dah pilih dan semak, click Place Your Order.

  11. Tertera Redirecting To Payment Page

  12. Tertera Online Banking yang kita pilih. Masukkan Username dan Password. Click Okey.

  13. Tertera jumlah yang akan kita bayar, Click Continue.
  14. Click Request TAC. TAC akan sampai ke nombor handphone. Masukkan TAC dan click Confirm. Anda boleh pilih samada Continue With Transaction atau Print Receipt.
  15. Proses pembayaran anda telah berjaya. 

  16. Anda boleh semak status order dekat Track My Order atau di email. Pastikan semak email dari semasa ke semasa sebab pihak Lazada akan hantar email mengenai status order dan juga tracking number. Boleh kesan tracking number anda di www.poslaju.com atau di Track My Order.
Barang belum sampai. Sebab 19/5/17 baru aku beli. Nanti dah sampai aku update. Aku guna penghantaran biasa. Maknanya, lambat sikitlah. ="P

Update (22/5/17) :

Alhamdulillah, tengah buat kerja dapat whatsapp salah satu barang dah sampai. Itu pun rakan sekerja yang bagitahu. Tengok dekat Lazada, Track My Order pun statusnya dah Delivered. Bila dah sampai rumah, baru buka bungkusan. Tengok barang satu persatu dan semuanya dalam keadaan baik. Sebenarnya pilih warna biru, tapi dapat warna putih. Takpelah, asalkan semuanya okey. Lepas kita dah terima barang, boleh review barang yang kita terima dekat My Reviews. Bagi aku review ni penting sebab ia beri kesan pada orang yang nak beli barang tersebut. Kalau elok servisnya, orang akan beli. Kalau sebaliknya, orang akan elak daripada membeli. Haaa... aku dah cuba. Kau orang boleh lah cuba pula!
Hope you like it, Pa! ♥ 
 Happy shopping peoples!

No comments: