Thursday 4 May 2017

Review Korean Drama - Ms. Perfect atau Perfect Wife (OST).

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak kongsi drama Korea yang aku layan tiap-tiap minggu. Tapi aku ni pelik sikit, apa yang orang tengok, aku tak tengok. Dan begitulah sebaliknya. Entah, aku selalunya tengok review dari peminat antarabangsa daripada orang Korea sendiri. Sebabnya citarasa peminat antarabangsa lebih kurang dengan aku. Contohnya ada satu drama ni, tak mendapat sambutan menggalakkan di kalangan orang Korea. Tapi sangat mendapat sambutan di kalangan peminat antarabangsa. Tajuknya rahsia ="P Tapi tajuk drama ni, aku tak berahsia.

Ms. Perfect atau Perfect Wife adalah siri televisyen Korea Selatan 20 episod akan ditayangkan pada 27 Februari di KBS2 pada setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 22:00. Ia dibintangi oleh :
  • Ko So-young sebagai Shim Jae-bok
  • Yoon Sang Hyun sebagai Koo Jung-hee
  • Cho Yeo-jeong sebagai Lee Eun-hee
  • Sung Joon sebagai Kang Bong-goo

Drama ini mengisahkan mengenai seorang wanita berada di lingkungan pertengahan umur, Shim Jae-bok yang sudah berkahwin dengan Koo Jung-hee. Mereka memiliki sepasang anak iaitu anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka berdua pada mulanya sangat bahagia walaupun tidak kaya. Walaubagaimanapun, langit tak selalunya cerah di mana Jung-hee telah curang dengan perempuan di tempat kerjanya iaitu Jung Na-mi. Jae-book tidak mengetahui kecurangan Jung-hee sehinggalah rakan baik Jae-book memberitahu tentang hal tersebut. Misteri mula berlaku dalam kehidupan Jae-bok apabila berlaku kematian Na-mi dan dia dituduh membunuh oleh Jun-hee. Disebabkan tuduhan suaminya, kasih sayangnya mulai pudar dan ianya membawa kepada penceraian. Namun, Jae-book tidak pernah memisahkan pertemuan Jun-hee dengan anak-anak mereka. Misteri mula terungkai dengan kehadiran semula Na-mi di mana dia diselamatkan oleh pekerja villa iaitu adik kepada Lee Eun-hee. Eun-hee merupakan kawan sekolah kepada Jae-book dan rakan baiknya. Eun-Hee juga menyimpan perasaan terhadap Jung-hee sekian lamanya ketika dia melihat Jung-hee melakukan majlis di universiti mereka. Berlaku peristiwa yang menyebabkan Eun-Hee bertindak di luar kawalan disebabkan oleh Jung-hee. Kang Bong-goo merupakan peguam di mana ia menaruh hati terhadap Jae-book yang dilihatnya seorang wanita cekal dan tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya selain sangat menyayangi anak-anaknya.
Shim Jae-bok & Kang Bong-goo
Nak tahu kisah selanjutnya? Kenalah tengok sendiri. Tak seronoklah kalau aku review sampai habis. Nanti kacau pula kau orang punya imaginasi. Sepanjang aku tengok cerita ni, ada bahagian yang aku rasa seram, sedih dan gembira. Memang setiap hari Isnin dan Selasa aku akan tunggu depan komputer kalau drama ni dah diterjemah sarikata kepada English. Sampailah drama ni COMPLETED. Memang highly recommended
Original Soundtrack (OST) :
  1. I Am Just What I Am – Jo Yoo Jin of Cherry Filter
  2. Dangerous – Jun Hyo Sung of Secret
  3. Rain – Ahn Hyun Jung
  4. I Miss You – MIIII
  5. Don’t Know – Shin Jae
  6. Behind You – Lee Sang Gon (Noel)
  7. I’m Okay – Gil Gun
  8. As Time Goes By – Anoc 

No comments: