>

Wednesday, 24 August 2016

Aku Si Penakut Lipas.

Assalamualaikum....

Hahaha. Tajuk mengerikan tapi bila ingat balik jadi geli hati sebabnya banyak peristiwa² yang memang aku takkan dapat lupa sampai bila² berkaitan dengan lipas ni. Alergik betul aku dengan haiwan sekawan ni. Peristiwa² ni la menyebabkan aku trauma sampai ternangis² kalau orang kacau aku guna lipas. Kalau haiwan cicak ke, tikus ke, cacing ke aku boleh rileks lagi tak rasa nak lari ke apa. Tapi kalau nampak lipas contoh lipas ade dekat bilik air, aku boleh kaku dalam bilik air tu. Perati je lipas tu bergerak ke tak, kalau terbang memang aku annoying sampai boleh terjerit². -..-

Al kisahnya masa sekolah rendah dulu, biasalah kan masa sesi pagi kan lepas Subuh dah siap² nak pergi sekolah. Masa duduk berek balai polis Menglembu, aku naik bas sekolah dan dalam tu dah tentunya samar² gelap. Ada pun cuma lampu bas yang tak berapa nka terang. Tiba2 aku terasa kaki aku macam menyucuk². Nak kata alergik atau gatal² takde pulak aku makan makanan laut. Lagipun aku tak alergik pada makanan laut. Makin lama makin ke atas pulak rasa menyucuk2 dan dalam masa yang sama aku dok la kibas² kain aku. Tengah² kibas tu, aku ternampak dekat lantai bas ada lipas. Apalagi terus lah aku menjerit "Lipaaaaaassssss!!!" sambil² nak menangis dan berdiri atas kerusi bas. Budak² lain yang tengah mamai sebab awal² pagi lagi pun masing² menjerit. Havoc tak havoc la aku buat semua orang terbangun dari lamunan diorang dengan cuaca sejuknya. Hahaha. Kesian kau orang. -..-

Sepupu belah Papa memang tahu aku ni penakut dengan lipas. Kalau cuti sekolah panjang memang aku akan balik lama kat Johor Bharu. Memang seronok duduk dekat sana. Tak payah risau apa² semuanya arwah nenek, arwah makcik dan makcik aku yang sediakan. Rindu dekat arwah nenek dan arwah makcik. Al-fatihah.  Tengah seronok layan kartun dengan sepupu² aku, tiba² sepupu²yang laki sibuk ulang-alik ke dapur dan ruang tamu. Aku yang terasa syak sesuatu pun ikutlah sekali pergi dapur. Masa tu arwah nenek dengan arwah makcik tengah sibul memasak kat dapur. Arwah tanya apa yang kitaorang cari. Aku cakap aku ikut bebudak ni. Dah tu arwah suruh duduk depan ruang tamu. Tengah kusyuk depan tv, salah seoranv sepupu aku baling lipas betul² kena pipi ke rambut aku. Memang terasa la. Terus aku libas² sambil menangis. Panik masa tu nak marah tapi takut punya pasal. Kuat jugak aku menangis. -..- Sepupu yang lain tengok aku menangis bagai nak rak, terus pergi tampar sepupu aku tu. Mana taknya sampai menangis² aku walaupun lipas dah takde. Tapi still terasa lipas tu bergerak² dekat muka aku. Terus sepupu² aku kena marah dengan arwah. Padan muka kau orang. 

Haaa itulah kisah aku dengan lipas. Banyak lagi sebenarnya tapi tu antara kisah yang aku selalu ingat sampai bila². Eh ada lagi satu cerita. Masa tadika aku suka makan koko krunch sampai lah tertido. Bayangkan tangan dalam kotak koko krunch. Kadang² tertidur sampai terlupa nak basuh tangan. Itu yang lipas datang menyucuk² jari aku sebab sedap sangat rasa koko krunch tu. Padan muka aku. Nasib baik masa tadika. Tak senonoh betul perangai. -..- Sampai sekarang aku tak boleh blah dengan lipas. Anak lipas pun aku rasa menakutkan apatah lagi kalau lipas yang terbang². Annoying! -..- Cuma aku nak cakaplah, kalau sesorang tu memang trauma atau takut dengan sebarang haiwa , tak payah lah korang acah² diorang dengan haiwan yang diorang takutkan tu. Itu akan buatkan diorang lagi trauma dan takut dengan haiwan tu. Benda ni kena slow² untuk hilangkan trauma dan takut sesorang. Ianya tak boleh dipaksa² dan janganlah anggap orang macam aku ni mengada2 mintak perhatian. Seriously tak! Kau orang rasa dulu baru kau orang tahu perasaan seseorang. 

Aku takut hantu tapi aku tak takut gelap. Ehhh!
sumber : www.google.com

No comments: