Friday 26 August 2016

Karnival Harga Gudang 2016 SUGARSCARF!

Assalamualaikum...

Aku adalah salah seorang di antara beribu² wanita dekat luar sana yang suka dengan tudung Sugarscarf. Seriously, dulu aku jarang nak beli tudung yang mahal² sebab kononnya tersangat membazir. Bila dah selalu  pakai shawl & tudung Aidijuma, terasa nak tukar selera. Kebetulan ada group Sugarscarflovers dekat facebook, aku pun cuba lah join sekali dengan harapan nak beli tudung Sugarscarf dengan harga mampu milik. Pilih punya pilih beli lah tudung warna yang selamat iaitu hitam. Tudung Sugarscarf pertama yang aku beli ialah tudung sofia warna hitam. Itupun beli preloved sebab nak cuba pakai. Kalau tak sesuai dengan bentuk muka dan taste kau, kau boleh peram tudung tu. Bila kau beli preloved, kau faham² je lah yang kau takkan dijamin akan dapat 100%  tudung yang elok. Tapi kalau kau bernasib baik & tuan asal jaga sebaik²nya tudung tersebut. Maka kau akan dapat tudung dalam keadaan seperti baru. Macam aku, tersangatlah sadis. Dahlah beli atas orang, maka aku dapat tudung tak berapa nak baru. Ada lubang sepuluh sen dekat inner tudung. Nak pulangkan malas nak panjang²kan cerita, lepas aku basuh wangi² dan keesokan harinya aku pakai. Aku dah mula terpikat. Dari hari ke hari, kalau ada design terbaru, aku mesti beli. Dan semestinya duit aku pun kopak. -..- Beli macam² tapi pakainya tak terpakai pun lagi, tunggulah kalau ada rezeki masuk rumah baru nanti nak buat almari untuk tudung Sugarscarf sebagai terapi mata. InsyaAllah.

Bila dah terburu² beli tudung masa launching, tiba² Sugarscarf buat jualan gudang. Kau mula rasa rugi bila ada Karnival Harga Gudang 2016 SUGARSCARF yang berlangsung minggu ni. Sebab aku tengok harga tudung yang dijual memang berbaloi² kalau kau beli banyak² helai. Tapi tak apalah, rezeki untuk orang lain pulak kan? Cukup² lah tahun lepas kau beli berhelai² masa jualan gudang. Cukup² lah jugak kau menunggu depan komputer/laptop semata² taknak ketinggalan beli design terbaru tudung Sugarscarf setiap masa launching. Sampai website bad traffic berjam² pun kau sanggup tunggu. Nampak sangat kau ni peminat tegar tudung Sugarscarf ni. =P
Adanya Karnival Harga Gudang 2016 SUGARSCARF ni, aku rasa lebih baik kau orang ambil kesempatan pergi beli. Sebab harga jualan gudang dengan harga butik memang sangat berbeza. Kau orang boleh jimat duit berpuluh ringgit dekat situ. Kebetulan gaji dah masuk kan? Pakat² lah pujuk dan ajak suami ke, kawan baik ke, anak² ke pergi beli-belah tudung Sugarscarf. Mesti korang takkan rasa menyesal. Apa salahnya sekali-sekala berhabis duit untuk diri sendiri setelah penat lelah berkerja. Ye tak? Setiap orang hobinya berbeza. Ada yang suka beli emas, handbag, baju, gadget dan lain². Macam aku, dah tentulah suka beli tudung dan baju. Nak² wanita bekerjaya kononnya. Setiap hari nak kena pakai tudung & baju lain². Tapi banyak yang tak terpakai! -..-

Mana yang dekat, boleh lah terjah Shah Alam. Mana yang jauh, boleh je nak guna khidmat personal shoppers. Dekat instagram, berlambak² khidmat personal shoppers yang kau orang boleh harapkan tapi pastikan yang boleh dipercayai okey!
peta lokasi Karnival Harga Gudang 2016 SUGARSCARF
Karnival Harga Gudang 2016 SUGARSCARF ni berlangsung selama 3 hari. Kalau kau orang kerja hari ni, kau orang boleh datang esok atau lusa. Don't worry!
Tarikh: 26 hingga 28 Ogos 2016
Waktu: 10 pagi - 10 malam
Tempat: Sugarscarf International Sdn. Bhd. No. 23, Jalan Para U8/103, Metropolitan Business Park, Seksyen U8, Bukit Jelutong 40150 Shah Alam, Selangor. (No signboard, Landmark: Space U8 & DB Schenker. Waze: Sugarscarf HQ)
Senarai harga tudung Sugarscarf kau orang boleh cuci mata dekat Instagram Sugarscarf Catalogue Karang kalau aku letak kat blog ni semua tudung, pening pulak kau orang nanti. Jenguk² lah instagram Sugarscarf tu ye. Memang kau akan rambang mata nak pilih mana satu. But, choose the right ones Sugarscarflovers and happy shopping!

No comments: