>

Friday, 26 December 2014

Sumbangan Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir 2014

Assalamualaikum...

Musim tengkujuh semasa akhir tahun memang tak boleh dipisahkan. Kawasan yang berdekatan dengan sungai atau laut, mempunyai potensi yang tinggi dalam menghadapi musim banjir. Berdasarkan apa yang aku pernah belajar subjek Geografi dulu, bulan November hingga Januari merupakan kesan daripada peralihan angin monsun dari Sumatera. Disebabkan itu, angin membawa hujan melalui Laut China Selatan, maka terkenalah tempias pada negeri-negeri di Pantai Timur sehingga menyebabkan banjir teruk.

Berita di televisyen dan gambar-gambar di facebook banyak menunjukkan keadaan-keadaan terkini tentang banjir di Pantai Timur. Tipulah kalau tak sekelumit pun rasa simpati dekat mangsa banjir. Bertambah kasihan dekat haiwan-haiwan yang tak tahu berenang. Ke manalah tempat mereka melarikan diri dan berteduh. Betul lah kata pepatah, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga hujan di bumi Malaysia semakin reda dan semuanya akan kembali pulih seperti sedia kala. Sama-sama kita doa untuk rakyat Malaysia. InsyaAllah...

Di sini, aku kongsikan kata-kata dari seorang Ustaz Khairul Anuar Basri.
Suatu ketika dahulu saya pernah menulis tentang bahaya SHARING KONONNYA CARING. Ada ramai di antara kita yang suka sebarkan gambar atau tulisan yang tidak diketahui tahap kesahihannya di FB. Lebih teruk apabila ia melibatkan nas dan perbincangan ayat Al-Quran atau hadith Nabi (bacalah selawat).

Di musim-musim banjir ini juga tidak terkecuali. Gambar-gambar dan mesej-mesej bertalu-talu di hantar samada melalui FB, whatsapp, emel atau SMS yang kadang-kadangnya langsung tidak benar dan boleh menggugat ketenteraman awam.

Petang ini saya tidak mahu menulis tentang sharing kononnya caring tetapi cuba melihat dari sudut pandang yang sedikit berlawanan iaitu TIDAK SHARING, TIDAK BERMAKNA TIDAK CARING.
Musim-musim banjir begini ramai pula yang sensitif tidak bertempat. Saya ada membaca beberapa komen di FB menempelak orang yang asyik berniaga dan mempromosikan barangan dengan mencadangkan kepada mereka supaya melakukan aktiviti yang cakna mangsa banjir.

Pemikiran kelas berapakah orang sebegini?

Dulu pernah sekali ketika musim kapal terbang hilang dan terhempas, sampai tidak boleh buat kerja lain kita dibuatnya. Nak bergurau di FB pun dihentam dengan macam-macam perkataan dan "kononnya" saranan. Orang yang tidak bercerita tentang kapal terbang ketika itu dilabel tidak sensitif!

Kawan-kawan...

Setiap daripada kita ada tugas hakiki masing-masing. Yang ke pejabat, ke pejabat lah. Yang berniaga, berniaga lah. Yang mempromosi barangan, mempromosikan barangan lah. Yang mengajar di surau masjid, mengajar di surau masjid lah.

Takkan nak berhenti buat kerja rutin demi menunjukkan simpati. Jangan hanya kerana mereka tidak bercerita tentang banjir misalnya, mereka dilabel tidak ambil berat dan tidak sensitif. Jangan hanya kerana mereka tidak nampak usaha dan simpati kepada mangsa banjir melalui wall mereka, kita sampai hati pula mencadang macam-macam seolah-olah kitalah yang paling simpati dan mengambil berat.

Semua orang ada peranan masing-masing. Jangan sesekali memandang rendah terhadap satu sama lain. Kita tidak tahu apa yang orang lain buat. Entah-entah dalam senyap orang yang kita pandang serong itulah wangnya berpuluh ribu habis untuk disalurkan. Keringat dan peluhnyalah yang saban saat menitik membantu tanpa batasan. Orang itu tidak perlu buktikan apa-apa pada kita pun!
sumber : Khairul Anuar Basri

Cukup-cukuplah mempolitikkan tentang isu banjir. Pihak A menyalahkan pihak C, Pihak B menyalahkan pihak C. Pihak C menyalahkan pihak A. Sampai kiamat pun isu salah-menyalahkan takkan pernah habis malah meningkatkan lagi penyengketaan di kalangan rakyat Malaysia. Bila ada isu mesti nak kaitkan dengan politik. Kenapa tak muhasabah diri sendiri? Keyboard warrior di kalangan rakyat Malaysia terlalu ramai terutamanya di kalangan orang Islam sendiri. Kadang-kadang malu dengan rakyat negara lain. Katanya Malaysia negara Islam tapi kenapa cara tulisan dan teguran di media sosial tak menampakkan akhlak seorang Islam? Paling kelakar, keyboard warrior ni handal di papan kekunci suruh itu suruh ini, tapi diri sendiri habuk pun tak ada sumbangan. Sengaja nak membangkitkan kemarahan orang ramai. Padahal apa yang dicakap entah fakta entah auta. Aku pun pernah rasa marah, tapi bila kita layankan perangai, perbuatan dan perasaan orang yang buat kita rasa marah, secara tidak langsung kita pun sama aras seperti mereka. Minda kelas bawahan. Bertegur biar berhikmah jangan keluarkan ayat-ayat nista. Kena ingat, orang yang kita cerca dan fitnah kalau kita kenal dan bertemu kembali dapatlah dipohon kemaafan. Kalau yang kita tak kenal dan tak rapat, bagaimana pula? Renung-renungkan dan selamat beramal. Allah kan Maha Adil. =)

Maaflah, semakin panjang pula entry. Sebarang sumbangan barangan kewangan, keperluan dan makanan untuk mangsa banjir boleh salurkan kepada beberapa NGO di bawah ini :

No comments: