Tuesday 16 September 2014

Resepi - Pavlova Di Hari Jadi Suami ♥

Assalamualaikum...

Malam tadi sanggup berjaga sampai pukul 12 tengah malam semata-mata nak jadi orang yang pertama ucap Selamat Hari Jadi dekat encek Suami. Tahun ni tak dapat nak sambut hari jadi macam tahun-tahun lepas sebab masing-masing sibuk dengan kerja dan kelas. Tapi tak apa, janji ada masa untuk diluangkan bersama-sama. Semalam encek Suami kerja shift malam sampai pagi. Konon-kononnya nak buat kejutan di pagi hari. Sudahnya, encek Suami yang kejutkan aku. =P Aku memang dah niat hari jadi encek Suami kali ni, aku nak buat kek air tangan sendiri. Lepas encek Suami balik dan tidur sebab kena kerja shift petang, aku mulakan kerja di dapur. encek Suami request masak nasi goreng sebab boring agaknya makan nasi berlauk. Dah siap, aku minta izin pergi Viva Home Mall beli barang yang tak cukup untuk buat kek. encek Suami memang tahu aku nak buat kek tapi tak tahu kek apa. Sebab tak biasa jalan sorang dekat KL, takut-takut jugak mulanya. Aku jenis kalau nak beli barang tu, aku akan terus beli barang tu. Takkan tengok barang-barang lain. Sebab bahaya kan? Sekarang ni kan banyak kes-kes yang tak diingini. Kat parking pun aku berjaga-jaga. Pandang kiri kanan depan belakang, kalau-kalau ada yang memerhati. Tapi sekarang ni parking lot pusat beli-belah sekarang ni dah ada butang kecemasan. Rasa selamat sikit.

Kebetulan dekat ground floor ada SALE FOS. Sebab dah sehala nak ke Giant, lalu-lalu juga lah dekat situ. Nasib tak ada yang berkenan. Kalau tak, memang tak sempatlah nak buat kek untuk encek Suami. =P Dah beli barang untuk buat kek, terus balik rumah. Sebelum ni aku memang tak pernah buat kek jenis ni. Hari tu masa Jamuan Hari Raya jabatan aku, ada akak tu buat kek jenis ni tapi aku tak sempat nak rasa sebab layan tetamu punya pasal. Walaupun ada kedai kek yang jual kek jenis ni, tapi aku tak ada rasa nak beli. Tak tahu kenapa. Dan disebabkan itulah aku ambil keputusan nak buat sendiri.

Alhamdulillah, akhirnya menjadi juga kek yang aku buat hasil air tangan sendiri. 2 jam dekat dapur Halal dan barakah hendaknya. InsyaAllah... Sempatlah encek Suami makan sebelum pergi kerja. =) Inilah dia kek hari jadi untuk encek Suami tersayang!
Dekat sini, aku kongsikan resepi sekali. Selalunya kalau nak tahu resepi, senang kita google je kan? Antara bahan-bahan yang diperlukan :
  1. 4 biji telur (putih telur sahaja)
  2. 3/4 cawan gula castor (aku tak ikut sukatan)
  3. 1 sudu cuka
  4. 1 sudu essen vanilla
  5. 1 sudu tepung jagung
  6. Topping (whipping cream dan buah-buahan)
Cara-cara masak : 
  1. Putih dan kuning telur diasingkan. Pukul putih telur dengan menggunakan hand mixer sehingga kembang.
  2. Masukkan sedikit demi sedikit gula castor dan terus putarkan adunan. Masa ni aku dah risau sebab adunan aku tak kembang-kembang. =P
  3. Bila dah kembang, masukkan tepung jagung, cuka dan essen vanilla. Putar adunan sehingga sebati. Nak tahu kembang atau jadi ke tak meringue, terbalikkan bowl mixer. Kalau jatuh maknanya tak cukup kembang dan terus putar.
  4. Lukis garisan bulatan atas kertas minyak. Letakkan adunan meringue di atas kertas minyak ikut bulatan yang dilukis tadi.
  5. Panaskan oven pada suhu 150°C selama 10-15 minit. Masukkan meringue ke dalam oven selama 1 jam atau lebih pada suhu 140-150°C. Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda.
  6. Sejukkan merengue di dalam chiller selama beberapa minit.
  7. Letakkan whipping cream di atas meringue.
  8. Hiaskan buah-buahan campur di atas whipping cream.
  9. Sedia dimakan =)
Mula-mula rasa macam biasa je. Tapi bila dah makan, ya Allah sedapnya! Patutlah kalau ada orang jual pavlova, ramai yang beli walaupun harganya agak mahal. Berbaloi-baloi bila dapat buat dan makan untuk diri sendiri dan encek Suami. Habis licin encek Suami makan. Lepas ni, boleh buat lagi untuk keluarga pula. I'm so happy bila encek Suami happy. =)

No comments: