>

Saturday, 30 August 2014

Lambakan Dosa Di Media Sosial.

Assalamualaikum...

Aku kongsikan apa yang aku baca. Moga jadi manfaat dan pengajaran buat kita semua. 

*****
Penjual etak: "Dah berapa lama kamu main fesbuk?"
Aku: "Dah 4 tahun."
Penjual etak: "Bertambah tak iman?"

Aku: "Er....."

Penjual etak: "Bukan apa, kalau bertambah, abg pun nak main juga. Iman abg pun banyak kurang ni."
Aku: "Kenapa abg tanya macam tu?"
Penjual etak: "Saja je tanya. Pasal hari tu duk tengok anak sedara punya la berjam-jam ngadap fesbuk dan apa satu lagi tu nama dia, Instakilogram. Abg tengok banyak duduk tengok gambar saja. Gambar orang tu, orang ni. Lepas satu, satu. Orang kata dekat fesbuk orang banyak berdakwah. Abg pun tengoklah, banyak memang banyak. Tapi, anak sedara kata, status update tak kira masa. Masa orang duduk semayang pun jalan gak benda tu. Anak sedara kata, orang dalam tu duduk luar negara belaka. Abg angguk sajalah. Abg tengok orang duduk bergaduh dalam tu, caci maki, sumpah seranah. Abg yang dah tua ni pun tak tergamak nak cakap gitu depan-depan orang. Anak sedara kata, dorang bergurau saja tu. Abg angguk sajalah, bergurau bewak kot.
Abg tengok anak sedara pun duk update status nasihat-nasihat. Abg tanya dia buat ke tak macam dia tulis tu? Dia kata, tak tulis macam ni tak dapat menarik perhatian orang. Takde la orang nak add, follow, like. Abg angguk sajalah. Rupanya banyak yang buat dari tak buat. Bukannya abg tak kenal anak sedara abg tu macam mana. Sejak keluar perut mak dia lagi abg dh hafal perangai dia. Takdelah alim sgt. Bongok banyaklah."
Aku: "He he he (tersengih-sengih tatau nak kata apa)."
Penjual etak: "Maaflah abg tak tahu sangat benda-benda ni. Kalau abg salah kata, abg minta maaf naa. Tapi, kalau dengan tengok gambar, baca makian, baca perbalahan, duduk menipu jadi baik dekat situ tu memang menambahkan iman, abg pun nak main gaklah. Yalah, orang kata, 'dari mata turun ke hati'. Apa yang kita tengok, baik buruk gelap terang semua turun ke hati. Kalau buruk kita tengok, hati pun jadi gelaplah kan? Ke abg silap?"
Aku: "Abg betul." (angguk tersipu-sipan, terasa 14 riban kali)
Penjual etak: "Jadi, abg tanya balik ni last ni. Betul ke bertambah iman?"
Aku terkedu seketika.
Aku: "Jujur, hanya berkurang."
Abg penjual etak terdiam. Aku pun terdiam sama. Dia menghulurkan bungkusan etak salai yang ku beli.
Penjual etak: "Betullah orang-orang tua kata, nak cari iman yang hilang, buka Al-Quran. Jual ya, dik."
Aku mengangguk-angguk sambil mengambil bungkusan etak. Terus mengayuh basikal laju-laju dari situ kerana berasa teramat 'malu semalu-malunya, namun engkau tak mengerti.'
Abang penjual etak melaung dari jauh,
"Dik, tongkat basikal tu..."
Ku tak peduli lagi. Mengayuh tak peduli tongkat basikal tak dinaikkan. Biar saja ia bergeser dengan jalan tar sampai berapi. Teringatkan lambakan dosaku di fesbuk yang menyala-nyala bagai api, sape nak padam?
sumber : Muhammad Rusydi

No comments: