Monday 14 July 2014

Sumbangan Buat Saudara Kita Di Palestin.

Assalamualaikum...

Tipulah kalau hati ini langsung tak rasa sedih bila melihatkan saudara seIslam kita di Palestin dibedil bertubi-tubi oleh Israel di bulan yang mulia iaitu Ramadhan. Apakah kesalahan rakyat Palestin sehinggakan sanggup Israel menyerang negara itu tanpa mengira waktu. Tak cukupkah tanah Palestin yang telah mereka rampas selama berabad-abad lamanya. Kenapa perlu dibom, dibunuh dan ditekan rakyat Palestin yang tidak berdosa dengan begitu kejam terutamanya kanak-kanak dan wanita? 


Aku pernah tonton dokumentari tentang kewujudan Israel di tanah Palestin. Tapi aku ingat-ingat lupa, yang aku ingat hanyalah meraka adalah di antara rakyat yang terbuang dan tiada satu negara pun mahukan mereka. Lantas, mereka dicampakkan ke tanah Palestin dan rakyat Palestin mahu menolong mereka dan sebaliknya telah berlaku.


Mungkin berkongsi tentang penderitaan di sana sini tak mampu menolong saudara-saudara kita di Palestin. Aku sendiri tak sanggup nak scroll news feed di facebook, sebab ramai sangat yang post tentang gambar-gambar yang tak sepatutnya dipertontonkan. Walau tak mampu untuk berjihad seperti rakyat Palestin, kita juga mampu untuk menyalurkan bantuan ke beberapa NGO yang berkaitan selain doa dan boikot barangan Israel, insyaAllah. So, this is our opportunity to help our Muslim brothers in Palestine. 

RAMADHAN EMERGENCY RELIEF (BADR OPERATION)
Semenjak 3 minggu lalu Israel telah menyerang Gaza dan melakukan penangkapan, pencerobohan dan pembunuhan rakyat Palestin di Tebing Barat! Seluruh Palestin sedang berada dalam keadaan tegang ketika ini dan mereka sangat memerlukan bantuan dan sokongan dari kita!

Aqsa Syarif sedang melancarkan Ramadhan Emergency Relief (Badr Operation) untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia berkenaan isu ini dan mengumpul dana berjumlah RM6 Juta untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin.

Anda boleh membantu dengan menyalurkan sumbangan melalui 5 pakej berikut:

  1. Pakej Iftar (RM50/set)
  2. Pakej Sahur (RM20/set)
  3. Pek Makanan (RM300/set)
  4. Hadiah Hari Raya (Eid Gift) (RM150/set)
  5. Tabung Kecemasan (Perubatan dan keperluan asas lain)
Salurkan sumbangan anda atas nama "Aqsa Syarif Berhad" melalui
=Maybank Islamic (551575-004299)
=Bank Islam (1209-20100-34904)

Sila hantarkan maklumat pembayaran kepada projects@aqsasyarif.org.my. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
+603-8733 4636 atau +6013 744 4760


"Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka"


Berkorbanlah sikit untuk saudara kita di Palestine. Mereka dah lama berkorban mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa untuk umat Islam!
sumber : https://www.pinterest.com

No comments: