>

Monday, 30 September 2013

Pandangan Allah Bukan Pandangan Manusia.

Assalamualaikum...

Bila kita jadi jahat, orang benci.
Bila jadi baik, orang meluat.


Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita berlagak alim.
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "Astaghfirullah... Apalah nak jadi, nak kiamat kot?"


Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita skema.
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam takde masa depan.


Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni bajet bagus.
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni kurang ajar.


Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni kampong gilaaa!
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni takde harga diri sebab tayang free


Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "Jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh tak?"

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "Tak reti bagi nasihat elok-elok ke?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "Yang sebok sangat nak tolong buat kerja orang lain dah kenapa?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "Apesal pemalas sangat ni? Nak tolong pun susah sangat!" 

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. Perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh Allah SWT. Dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati.

sumber : www.google.com

No comments: