Tuesday 1 January 2013

Ujian Adalah Sentuhan Kasih Sayang Allah.

Assalamualaikum...

Allah SWT bukan tidak menjawab segala doa, segala solat hajat, segala aduan atau segala permintaan. 
Dia Maha Mendengar dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. Dia juga bukan sekadar Maha Mendengar, bukan sekadar Maha Pemakbul Doa, tetapi Dia juga adalahYang Maha Tahu Segala-galanya. 

Dia Maha Tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, untuk memak
bulkan permintaan kita. Dia Maha Tahu kemampuan kita dan sampai bilakah kita mampu bertahan. Dia Maha Tahu apakah manfaatnya ujian yang Dia turunkan kepada kita.
Sebab itu, lihatlah firman-firmanNya berkenaan dengan ‘kelewatan’ pertolonganNya. Semua punya BONUS.
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya : Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” (Surah Al-Baqarah ayat 214.)
sumber : EUsrah.

No comments: