>

Tuesday, 8 January 2013

Sport Rim New Year 2013.

Assalamualaikum...

Yes. Selalunya, benda yang kita tak plan dari awal itulah yang akan terjadi. Lepas kemas rumah sikit-sikit, encek Suami ajak keluar jalan-jalan sampailah ke Klang.

Mulanya, dalam kereta hanya nak google dan survey sport rim kereta yang affordable. Bila dah sampai dekat kedai yang jual sport rim, terus jadi rambang mata. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Semuanya nampak smart dan sporty. Dari nak survery, terus jadi lain. Dah alang-alang tiga tahun beli kereta, tak pernah-pernah tukar tayar dan sport rim. Ambil keputusan bersama, tukar terus tak payah nak fikir empatpolohempat kali dah.

Biasalah citarasa lelaki dan perempuan kan lain-lain. Aku suka yang ini, encek Suami suka yang itu. Tengok sekeliling, perempuan yang teman lelaki tukar sport rim duduk menunggu kebosanan. Tapi tidak aku. Satu kawasan kedai tu aku pusing semata-mata nak pilih sport rim yang paling berkenan di hati. Biar puas hati. Bila mechanic tu try letak sport rim dua tiga kali dekat kereta, the first choice always the best choice. Aku tak suka sport rim yang nampak serabut. Just simple and smart. Sekali untuk tiga tahun. Apa salahnya ye tak? Lepas ni dah tak pakai sport rim standard. Up sikit.
hampir 2 jam menunggu. -.-"
Sebelum aku beli sport rim baru,
  • Fikir banyak kali samada masa awal-awal beli kereta, nak tukar terus sport rim standard atau tak. Sebabnya walaupun sport rim standard masih baru dan bau kedai 2-3 hari, tapi kalau nak trade in harganya akan turun dan rendah juga. Daripada membazir, lebih baik guna apa yang ada selagi hayat dikandung badan. Simpan duit untuk beli sport rim dan tukar keempat-empat tayar sekaligus. 
  • Survey banyak kali samada di google.com, mudah.my atau pergi sendiri ke kedai yang berhampiran. Bila kita survey dan membaca, kefahaman kita terhadap sport rim dan tayar juga akan jadi lebih mendalam. Biasalah, wanita kan sering tertipu kalau bab-bab kereta ni. Kalau tak faham juga, sebaik-baiknya tanya kepada yang lebih pakar. 
  • Pastikan duit mencukupi. Jangan beli sport rim jika tak mampu. Penuhi keperluan dahulu daripada kehendak. Jangan mengikat perut semata-mata nak beli sport rim. Tak berbaloi.
  • Pilih saiz dan lebar sport rim yang bersesuaian dengan tayar. Jika guna tayar terlalu nipis dan kalau terlanggar lubang, boleh jadi tayar akan meletup dan sport rim akan bengkok.
  • Pilih corak dan warna sport rim yang bersesuaian dengan reka bentuk kereta. Kalau boleh, minta mekanik letak sport rim yang kita pilih terlebih dahulu. Dari situ kita akan nampak, samada sport rim tersebut sesuai dengan kereta ataupun tidak. Biar pilih berapa banyak pun asalkan kita sebagai pemilik kereta puas hati.
  • Elakkan daripada membeli sport rim yang terpakai. Boleh jadi sport rim terpakai tersebut bengkok atau retak. Bahaya okey!
Sebenarnya aku takdelah pandai sangat bab-bab kereta. Tapi disebabkan encek Suami dulu study automotif, secara tidak langsung aku jadi tahu sikit-sikit. Selain itu, melalui pembacaan di google. At least, kita sebagai wanita ada knowledge dan tak jadi mangsa yang ditipu. 

1 comment:

mytayardotcom PJ said...

Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.