>

Saturday, 22 December 2012

Resepi - Kuih Keria Keledek Ungu.

Assalamualaikum...

Hari tu lepas balik dari kerja, singgah sekejap dekat gerai depan rumah ada jual buah-buahan dan sayur-sayuran. Kebetulan, teringat sayur dalam peti ais dah habis. Dah alang-alang singgah terbeli keledek ungu. Terfkir nak kukus keledek ungu ala-ala drama korea. Lepas tu buat kopi panas kawww. Memang sesuai sangat lah dengan musim hujan. Ye tak? Bila dah kukus, terasa nak buat kuih keria pulak. Kuih keria paling sedap aku pernah makan, air tangan arwah Mak best friend masa duduk dekat kuarters polis dulu. Ingat lagi, lepas balik sekolah rendah takpun weekends mesti lepak rumah best friend aku ni. Kebetulan Mak dia housewife sepenuh masa. So, setiap kali aku datang rumah dia mesti Mak dia akan bagi aku makan masakan panas. Rindunya zaman kecik-kecik dulu dekat Menglembu, Ipoh. Semuanya dah dewasa. Masing-masing dah ada life sendiri. Kebanyakannya aku dapat contact balik, kecuali kawan aku yang sorang ni. Lepas aku dapat tahu Mak dia kembali menghadap Ilahi, dan keluarga aku pindah ke Teluk Intan dan dia pindah ke Pulau Pinang, kitaorang terus lost contact. Noor Najaha, i miss you so much! Where are you now? -.-"

Bila tengah buat kuih keria, teringat dekat arwah Mak Noor Najaha. Ya, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita kadang-kadang akan relate dengan kehidupan seseorang. Dan kenangan itu lah yang tak boleh ditukar ganti dengan yang lain. Memori yang sangat bermakna. :")

Resepi kuih keria keledek ungu ni aku ambil dari http://www.potretkasih.com/

Resepi Kuih Keria Keledek Ungu

Bahan-Bahan :
  • 500gm ubi keledek ungu
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula dan sedikit air
Cara-Cara Penyediaan :
  1. Rebus ubi keledek hingga empuk.
  2. Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
  3. Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
  4. Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
  5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
  6. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
  7. Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
  8. Didihkan gula hingga pekat.
  9. Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  10. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  11. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
  12.  Sedia untuk dimakan.
inilah hasilnya! habis licin encek Suami makan. Alhamdulillah. :")
Selamat Mencuba!