>

Monday, 3 December 2012

6 Perkara Yang Dirahsiakan Allah Kepada HambaNya.

Assalamualaikum...

Sahabat Umar Bin Al-Khattab RA berkata :


Allah SWT merahsiakan 6 perkara kepada hambanya disebabkan 6 perkara iaitu :
  1. Allah merahsiakan keredhaan-Nya kepada hamba-Nya yang taat agar hamba-Nya itu tetap terus berbakti dan taat.
  2. Allah merahsiakan turunnya Lailatul Qadar di bulan Ramadhan agar hamba-Nya selalu berusaha untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh tanpa mengingat, mengenal atau merasa bosan.
  3. Allah merahsiakan wali-walinya dan hamba hambanya yang soleh kepada orang banyak agar mereka tidak dipuja-puja atau disembah-sembah disebabkan oleh kemuliaannya kerana wali-wali Allah itu tergolong orang yang mempunyai kelebihan ilmu.
  4. Allah merahsiakan umur seseorang hamba agar ia selalu bersiap sedia untuk mati dan rajin beramal yang soleh.
  5. Allah merahsiakan tentang keutamaan salatul wusto atau sembahyang yang utama daripada solat solat yang lain agar hambanya itu tetap rajin dan berusaha mencapainya (Salatul Wusto).
  6. Allah merahsiakan tentang siapa jodoh kita nantinya agar hambanya mencari jodoh yang terbaik untuknya.
sumber : www.google.com

No comments: