>

Monday, 5 November 2012

Apakah Yang Dilakukan Oleh Hati Dengan Nama Ini?

Assalamualaikum...

Terdapat satu cerita, dimana terdapat seorang hamba Allah SWT yang biasa-biasa sahaja. Suatu hari, ketika orang ramai sibuk dengan hal masing-masing, dia mengambil keputusan untuak menyendiri. Dia duduk di suatu sudut yang dinaungi oleh pepohon rambutan. Dia duduk dengan tenang, melihat keadaan sekeliling, lalu dia diam tanpa bicara.

Kemudian, tidak lama selepas itu terdengar satu kalimah yang terbit dari bibirnya. Pada awalnya, hanya beberapa kali sahaja. Tetapi, apa yang pasti kalimah itu semakin menjadi. Tidak henti-henti. Mulutnya seperti orang yang sedang membaca mantera. Akhirnya, dia menitiskan airmata usai melafazkan kalimah tersebut.

Kalimah itu ialah, nama ‘Allah’.

Soalan :
Ketika kita mendengar nama ‘Allah’, apakah yang dilakukan oleh hati dengan nama ini?
Ketika kita melihat nama ‘Allah’, apakah yang dilakukan oleh hati dengan nama ini?
Ketika kita menyebut nama ‘Allah’, apakah yang dilakukan oleh hati dengan nama ini?

Seseorang itu apabila dianugerahkan olehnya IMAN, dan apabila ia mendengar, melihat, dan menyebut nama Allah SWT, maka bergetarlah hatinya.

Getaran itu ada jutaan rasa, getaran itu terletak pada hati kita. 

sumber : www.google.com

No comments: