Monday 1 October 2012

Jangan Terlalu Cepat Untuk Menghukum Sesuatu!

Assalamualaikum...

Seorang lelaki ditemui mati dipijak ketika waktu haji.
Pemuda A : Memang sah, lelaki tu masuk syurga.
Gadis A : Syurgalah tempatnya.

Seorang pemuda mati 2/3 malam di dalam masjid, bilal temui jasadnya ketika waktu Subuh.
Pemuda A : Syurga jua tempat pemuda tu. 
Gadis A : Tak dinafikan syurga tempat dia.

Seorang lelaki mati di depan kedai arak, berlaku pendarahan teruk di kepala kerana dihentak botol arak.
Pemuda A : Penghuni neraka memang macam tu!
Gadis A : Ahli neraka la jawabnya!

Cerita sebenarnya adalah :

Pemuda yang mati didalam masjid itu mati kerana setelah disoal siasat, pemuda itu cuba mencuri duit tabung masjid. Dia jatuh tergelincir ketika memanjat bumbung masjid. 

Lelaki yang dipijak mati ketika menunaikan haji itu sebenarnya ialah ketua penyeluk saku, orang ramai memijak dia kerana mereka mendapati banyak dompet berada dalam pakaian ihramnya.

Lelaki itu mati kerana kebetulan dia lalu disitu, dia ternampak sekumpulan pemabuk sedang cuba ingin merogol seorang wanita. Dia ingin menolong perempuan itu. Setelah puas bergelut, dia dipukul dengan kuat dikepala dengan botol arak sehingga mati .
Get it?

Natijahnya, sekarang ini, ramai orang suka menghukum seseorang tu, dengan sewenang-wenangya mereka meletakkan seseorang dalam keadan yang mereka suka. Ingat! Kita bukan Allah untuk menghukum sesiapa, kita hanya mampu menilai bukan menghukum! Jangan terlalu cepat kita menghukum sesuatu.

"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangannya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya." (Surah An Nahl Ayat 90)
"Dan jika engkau nenghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." (Surah Al Maidah Ayat 42)
Wallahua'lam...
sumber : www.google.com 

No comments: