Friday 24 August 2012

Ramadhan & Syawal 1433H.

Assalamualaikum...

Ramadhan 1433H telah meninggalkan kita seminggu yang lepas. Alhamdulillah... Walaupun ade kekurangan menggunakan masa sehabis yang baik di bulan yang mulia ini, Allah SWT masih beri kesempatan kepada aku untuk mengabdikan diri padaNya. :")

Sedar tak sedar, Syawal 1433H telah pun berkunjung tiba. Hari ini 6 Syawal 1433H. Terasa baru semalam aku sedang berpuasa. Rasa sekejap sahaja masa berlalu. Alhamdulillah... Hari Raya Aidilfitri kali ini, merupakan tahun kedua aku berhari raya bersama-sama encek Suami tercinta dan juga keluarga mertua. Dan tahun inilah pertama kalinya aku berhari raya di samping keluarga mertua setelah 24 tahun berhari raya bersama-sama keluarga tersayang. Perasaan? Dalam sedih pasti ada gembira. Dalam duka pasti ada suka. Dalam gundah-gulana pasti ada ketenangan.

Sebagai satu-satunya anak bongsu perempuan buat Mak & Papa, haruslah wujud perasaan sedih. Setiap tahun, aku lah yang akan mengemas rumah, memasang langsir, menyusun atur meja, membeli kuih-muih, menolong Mak masak, menyiapkan pakaian raya Mak & Papa dan lain-lain. Tapi tahun ini, aku bersyukur kerana encek Suami mengizinkan aku pulang ke kampung awal untuk menyiapkan apa yang perlu untuk Mak & Papa. encek Suami akan menyusul kemudian.

Lega. Jalan tak jammed dan apa yang ingin aku siapkan untuk Mak & Papa telah pun dapat disattlekan sehabis baik. Memang betul, tanggungjawab anak lelaki adalah kepada ibu bapanya sehingga ke akhir hayatnya manakala tanggungjawab anak perempuan adalah kepada suaminya sehingga nafas terakhirnya. Renung-renungkan ya kengkawan. :")

Pengalaman berhari raya di rumah mertua sangat menyeronokkan. Mana tidaknya, ipar duai dan anak-anak buah yang sangat sporting menceriakan suasana hari raya kali ini. Kurang sedikit sedih di hati. Kebetulan masa balik awal ke kampung, Mak masakkan rendang istimewa untuk aku. Yelah... Selalunya aku lah orang yang pertama akan merasa masakan Mak. Kiranya, tak kempunan lah aku di pagi hari raya nanti.
Tema hari raya kali ini adalah warna merah hitam. Gambar, nanti-nanti lah upload. Oh, tahun ini tak dapat duit raya ye. Cuma dapat dari encek Suami sahaja. Jadilah, dari tak ade langsung. -.-' Sesiapa yang nak buat open house, jangan lupa jemput ye. :P Jemputlah jugak ke rumah aku di Cheras.

Semoga bergembira kawan-kawan. :")

No comments: