Tuesday 14 August 2012

Ber'Instagram' :")

Assalamualaikum...

Kalau boleh, tiap-tiap hari nak upload gambar banyak-banyak dekat instagram. Kadang-kadang kita tak perlu nak cerita berjela-jela macam dekat blog, biar gambar yang ekspirasikan apa yang dimaksudkan dalam gambar tersebut. hihi. Berbelit-belit dah apa yang aku cakap. Tapi sorry sangat-sangat sebab aku memang tak qkan approve friend request dari lelaki. Al-maklumlah privacy katakan. Ini jugaklah termasuk account twitter. Cuma facebook je aku approve atas sebab takde gambar lagi yang diupload. Telah diprivacy kan dan gambar-gambar ade yang telah didelete. Lagipun, entahlah aku pun tak tahu fungsi untuk apa diupload gambar-gambar dekat facebook. Mungkin zaman ku dengan facebook dah berakhir dan telah beralih-arah ke instagram. hihi.

Ntah apa-apalah yang aku merepek waktu Subuh ni. Ya Allah, tak sabar nak balik kampung! Mungkin aku akan balik hari Khamis atau Jumaat sebab nak mengemas rumah di kampung. Chayok, chayok! Harap-harap jalan dekat area Tanjung Karang tak jammed lagi. Kalau nak jammed biarlah selepas aku sampai rumah. Boleh tak cenggitu? haha.

Oh, hari ni kakitangan wanita akan mengadakan majlis Khatam Al-Quran sekali dengan ceramah. Tak sabar nak berkumpul ramai-ramai. Boleh jumpa kengkawan induksi. Boleh bertadarus ramai-ramai. Mesti penuh dengan muslimat nanti. InsyaAllah... Okey, selamat berpuasa semua!
posted from Bloggeroid

No comments: