>

Sunday, 26 August 2012

Andai Ku Tahu.

Assalamualaikum...
sumber : www.google.com
Andai ku tahu apa yang tersirat dikalbu setiap insan,
Pasti ku akan tunaikan segala hasratnya sekadar yang mampu.

Andai ku tahu apa yang tersirat dikalbu setiap insan,
Pasti ku dapat mengenali siapa teman siapa lawan.

Andai ku tahu apa yang tersirat dikalbu setiap insan,
pasti ku akan berusaha menjadi yang terbaik untuknya.


Andai ku tahu apa yang tersirat dikalbu setiap insan,
Pasti ku akan cuba mengikuti apa yang positif daripada hatinya.


Andai ku tahu apa yang tersirat dikalbu setiap insan,
Pasti ku elakkan segala persengketaan.


Andai ku tahu apa yang tersirat dikalbu setiap insan,
Pasti ku cuba membahagiakan diri insan-insan ini.


Andai ku tahu apa yang tersirat dikalbu setiap insan,
Pasti ku perbaiki sifat negatif dalam diriku ini.


Insan itu bernama teman...

No comments: