Wednesday 25 July 2012

Goodbye Semenanjung, Hai Hai Hai Sabah bah.

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya dah masuk tahun kedua aku menyambut kedatangan Ramadhan bersama-sama imamku dunia dan akhirat (InsyaAllah), encek Suami. Alhamdulillah... Aku bersyukur kerana Allah Taa'la masih lagi memberi peluang kepada aku, encek Suami, keluarga tersayang dan keluarga mertua bersama-sama menyambut bulan yang penuh barakah ini. Tahun pertama berpuasa sebagai isteri mungkin agak kekok dan kelam-kelibut dalam menyiapkan juadah berbuka puasa untuk encek Suami. Masuk tahun kedua, ketidakbiasaan tu makin hilang. Bak kata orang tua-tua, alah bisa tegal biasa. Tapi, keadaan kelam-kelibut di dapur ketika memasak juadah berbuka puasa itu masih wujud okey. hewhew. Nak buat macam mana, ketika musim bulan puasa lah jalan yang dahulunya lengang boleh jadi jammed teruk. Kalau sebelum ni boleh sampai rumah dalam masa 20 minit sekarang tidak lagi. Kurang-kurang dalam setengah jam dan lebih. -.-'

Disebabkan aku dah jarang update entry blog, terutamanya berkaitan kisah hidup, makanya aku gunakan peluang dan saat ini untuk menaip entry sepanjang-panjangnya sampaikan tiada siapa yang akan membacanya sehingga ke akhirnya. Wah, wah, wah banyak sungguh perkataan 'nya'. :P Kalau korang sedia maklum dengan entry sebelum ni, jadual kerja aku pada bulan Julai tersangatlah pack. Sampaikan aku boleh bayangkan aku sedang berada dalam sebuah kotak yang padat dan aku sangat-sangat-sangat perlukan oksigen untuk bernafas. Aku tak dapat meneruskan aktiviti shoppingku bersama encek Suami selama beberapa minggu dek kesibukan terlampau aku. :"( Tapi di sebalik semuanya itu, aku dapat ilmu yang aku kira sangat berguna untuk diri aku. InsyaAllah...

Kursus-Kursus-Outstation. Itu saja yang boleh aku gambarkan. Bukan untuk cuci kaki saja tapi perlu memerah mental, fizikal dan emosi. Waktu yang aku rasa paling lama berjauhan dengan encek Suami. :"( Nasib baik jadual pack, kalau tak air mata meleleh lah setiap hari. hewhew. Pengalaman outstation ke Sabah (Kota Kinabalu & Tawau) selama 5 hari bagi aku semestinya awesome! Kalau korang nak tahu, inilah kali pertamanya aku naik kapal terbang aka flight. Kesian aku kan? -.-' Apapun, Alhamdulillah aku bersyukur akhirnya kata-kata aku dalam hati sewaktu awal-awal bekerja, jadi kenyataan bila mana semua perbelanjaan akan ditanggung oleh company. Tak perlu risau dengan duit poket sebab company akan bagi advance lebih kurang 50% sebelum outsation. So, duit poket wajib disalurkan untuk aktiviti membeli-belah di Sabah bah. Yeay! :P

Tapi kan, nama pun kerja. Gambar disnap oleh diri sendiri boleh dikira dengan jari. Redha dan pasrah je lah. -.-'
MAS is better than AIR ASIA -friend's said
Subhanallah, cantiknya!
hotel :")
Hari Isnin dan Selasa aku stay dekat Kota Kinabalu. Hari Rabu fly pula ke Tawau, so stay dekat Tawau sampai Khamis. Hari Jumaat fly kembali ke Semenanjung. Walaupun adakalanya mood happy bekerja sambil cuci-cuci mata shopping dekat Sabah bah, kerinduan dekat Semenanjung memang tak boleh dipisahkan. Serius, sangat-sangat-sangat rindu dekat encek Suami, Nuning dan makanan Semenanjung terutamanya! kihkih. :P Paling tak sangka, masa stay dekat KK dapat dating dengan my bff waktu study dekat poli. Dapatlah lepaskan rindu sekejap. "Thanks Gjot sebab belanja Adot makan. Nanti jumpa lagi waktu kenduri kahwin kamu ye."
untungnyaaa lah, setiap hari bos belanja makan seafood.
datang Sabah, haruslah membeli mutiara. *bling bling*
jom ke rumah ushawanita!
packing sample amplang untuk dikaji.
jangan lupa beli ikan masin, ikan bilis, udang kering serta ikan-seafood! muraaahhh!
Tak larat pula nak sambung menaip. Semua gambar di atas adalah ihsan google. hewhew. :P Gambar dalam simpanan sendiri insyaAllah akan diupload kalau rajin. Perjalanan yang sangat awesome walaupun penat! Thank you bos, next outstation kita pergi tempat lain ye. Eh, jangan buruk prasangka tau. Aku pergi outstation beramai-ramai bukan berdua. :")

Last but not least,
SALAM RAMADHAN 1433H, bloggers! :")


posted from Bloggeroid

No comments: