Assalamualaikum...
Alhamdulillah, tahun ni ramai di antara kawan-kawan aku ade yang dah bertunang, ade yang dah berkahwin dan ade yang dah berbaby. Masing-masing dah ade kehidupan mereka sendiri. I'm happy for all my friends. Cuma, aku berharap kita semua still can keep in touch walaupun dah tua bangka nanti. Mana tahu anak-anak kita nanti bila dah besar boleh jadi berbesan? hewhew. :P
Biasalah, kadang-kadang apa yang kita rancang tak semuanya menjadi kan? Kalau ikutkan, memang aku nak sangat menghadiri majlis pertunangan, perkahwinan, akikah, doa selamat dan sebagainya. Tapi, disebabkan komitmen encek Suami menjaga keamanan negara, ecehhh. Ayat nak power lah kononnn. :P Nak buat macam mana, betul lah kan? So, sebagai seorang isteri, aku memang dah faham sangat dengan bidang tugas encek Suami. Kadang-kadang hari Ahad encek Suami cuti aka standby. Kadang-kadang the whole days, encek Suami kena kerja. Walaupun ade ketikanya aku touching sikit-sikit, tapi lama-kelamaan aku dah lali. Setahun kot dah bersama-sama membina mahligai halal. Kalau tak faham, tak payah kahwin! Ayat aku untuk menyedapkan hati sendiri. hewhew. :P Kepada kawan-kawan yang pada mulanya aku janji nak datang lepas tu tak nampak bayang, maaf sangat-sangat. Perkara macam ni, memang aku tak boleh nak elakkan. -.-'
Paling penting, aku happy tersangat sangat sangat sebab one of my best friend forever, Iylia Haidar akhirnya selamat bertunang dengan jejaka idamannya. Guess what? Our friendship almost 19 years since 1993! Walaupun pernah terlost contact, akhirnya friendster dan facebook menjadi penghubung di antara kami. Kalau nak dibandingkan aku dengan dia banyak bezanya, aku adalah seorang yang tersangatlah low profile masa zaman sekolah rendah dulu sedangkan bff aku ni seorang yang disayangi ramai oleh cikgu-cikgu di sekolah. Tapi... Kami berdua masih ade persamaan iaitu tarikh lahir. Birthday aku 19 Februari sedangkan birthday bff aku 19 Mac. Beza sebulan. Dan setiap tahun masing-masing sentiasa ingat sampai lah sekarang. :')
Okeylah kita layannn gambar majlis pertunangan Iylia Haidar & Saiful Rafiee. credit to one of her besties. :')
my gorgeous bff! |
bff with her mom-in-law. :') |
with her future husband. |
I'm happy for you, Sayang. Akhirnya you dah berjumpa dengan lelaki yang telah membahagiakan kehidupan you. Semoga perhubungan both of you akan kekal bahagia sehingga ke jinjang pelamin. InsyaAllah, kalau takde apa-apa halangan, when you get married, i'll be there for you. :')
No comments:
Post a Comment