Wednesday, 9 May 2012

Dosa Masing-Masing?

Assalamualaikum...
sumber : www.google.com
"SEMUA orang tahu RACUN adalah sangat berBAHAYA. Jangankan RACUN, keRACUNan MAKANAN pun sangat-sangat diTAKUTI. Walau bagaimanapun, tak ramai orang yang TAHU betapa BAHAYAnya DOSA. Ianya sebenarnya lebih berBAHAYA daripada RACUN."

"DOSA membuatkan seseorang MERANA di DUNIA dan di AKHIRAT. Kalau terminum RACUN, orang akan MATI. Akan tetapi, lebih teruk lagi sekiranya berbuat DOSA MANUSIA akan DIBAKAR di dalam API NERAKA di AKHIRAT. Sebelum dibakar, orang yang berDOSA terlebih dahulu "MEMBAKAR" yakni MENYUSAHKAN orang lain di DUNIA."

"Ada orang kata DOSA adalah SOAL PERIBADI masing-masing, apabila buat masing-masing TANGGUNG, jaga KUBUR masing-masing. Ya ALLAH, sangat TAK BETUL kata-kata itu!!!"

KUBUR kita orang lain yang GALI, manakala KUBUR orang lain terkadang KITA yang kena URUSKAN.

Maknanya DOSA yang kita lakukan akan MENYUSAHKAN ORANG LAIN. Peminum arak rasa itu perbuatan PERIBADI, duit dia dan kalau mabuk dia yang terhoyong-hayang. memanglah duit dia tetapi jika dah mabuk dia LANGGAR orang, dah berapa ramai mangsa KEMALANGAN angkara pemabuk, rumah tangga HANCUR dek kerana arak. Kan menyusahkan orang tu. Maka, berTAUBATlah sekarang. Moga saya dan kalian dalam redhaNya...
"Wahai sekalian manusia, BERTAQWALAH kepada Tuhan Kamu, dan TAKUTILAH akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari AZAB DOSA masing-masing. Sesungguhnya JANJI Allah itu adalah BENAR, maka janganlah kamu diperdayakan oleh KEHIDUPAN DUNIA dan jangan pula kamu diperdayakan oleh BISIKAN dan AJAKAN Syaitan yang menyebabkan kamu berani MELANGGAR perintah Allah." (Surah Luqman : 33)
Wallahu'alam...
sumber : Dunia Macam-Macam

No comments: