Assalamualaikum...
Masa awal-awal kahwin dulu, aku bayangkan kebanyakan duit yang tersimpan hanya akan disalurkan untuk majlis perkahwinan semata-mata. Tapi, rupa-rupanya aku silap. Sebenarnya, duit akan lebih banyak kita gunakan selepas kahwin. Mana taknya, dari sekosong-kosongnya rumah akan mula lah terfikir nak beli keperluan rumah. Contoh, barang keperluan dapur, mesin basuh, set tempat tidur, televisyen, sofa, meja makan dan lain-lain. Kebanyakan harga untuk satu barang yang aku nyatakan tadi
around rm400 ke atas. Mulanya, memang rasa agak sukar sikit. Tapi, bila dah beli sedikit demi sedikit kita akan rasa happy sebab mampu beli keperluan rumah tanpa perlukan pinjam. Yang penting, kena JIMAT selepas kahwin.
Itu yang aku belajar dari encek Suami. Yes, aku memang boros sebab ikut Mak aku sendiri. Dari kecik sampailah besar, kalau pergi pasar ke,
shopping complex ke atau mana-mana je lah, barang yang aku beli memang jarang sangat untuk aku banding-bandingkan harga terlebih dahulu. Janji aku dah berkenan, memang aku akan beli walau apa jua sekalipun. Tapi, bila dah berkahwin, memang encek Suami jadi menteri kewangan dalam keluarga. Sebelum ni pernah jugak dengar dekat hot.fm, kebanyakan menteri kewangan dalam keluarga dimonopoli oleh isteri. Sejak kahwin, memang banyak yang aku belajar. Terutamanya, bab menyimpan duit. Aku cuma bayar duit kereta atas nama aku, minyak serta tol pergi balik kerja sahaja. Yang lain, dibereskan oleh encek Suami. Kalau ikutkan gaji aku dengan encek Suami lebih kurang, tapi disebabkan encek Suami penjimat orangnya, kebanyakan keperluan rumah adalah hasil dari simpanan encek Suami.
Baru-baru ni, aku dengan encek Suami planning nak pasang astro. Setelah lamanya, tengok siaran tak berapa nak clear terutama tv1, tv2 dan tv alhijrah. Tapi, asyik tertangguh-tangguh sebab terfikir kepentingannya atau tidak. Dan semalam, lepas balik dari kerja...
|
42" |
Teruja bila masuk dalam rumah nampak gambar di atas dan aku nampak ade borang Astro.
Yes, i'm so happy and grateful with what we both have! Thank you, Allah. :') Televisyen yang lama insyaAllah kami akan gunakan untuk...
|
next mission. :P |
Al-maklumlah, kami berdua masing-masing memang minat main
game. Dulu memang nak beli, sebab takde warna yang berkenan di hati terus masing-masing takde
mood nak beli. Alhamdulillah, borang pengesahan JPA aku dah dapat. Makanya, tak lama lagi aku dah boleh keluarkan kwsp. Tapi, mungkin kena tunggu sampai dapat slip gaji bulan April baru boleh uruskan pengeluaran kwsp atas nasihat
officemates. Dan insyaAllah, kwsp tu untuk simpanan masa hadapan. :')
Berita gembira pulak, kakak ipar aku yang kedua bakal menimang cahaya mata ketiga tahun ni. InsyaAllah... Bertambah-tambah meriahlah keluarga aku nanti. Mak & Papa bertambah-tambahlah cucu. Dari 7 orang kepada 8 orang. Kakak ipar belah encak Suami pun bakal menimang cahaya mata kedua tahun ni jugak setelah 8 tahun menunggu.
Happy, happy. Belah
family mertua pulak dari 12 cucu kepada 13 cucu. Meriah lah nanti. Aku ade juga pergi mengurut tempat yang sama macam kakak ipar belah encik Suami pergi. Alhamdulillah, makcik bidan tu cakap rahim aku takde masalah. Cuma, belum ade rezeki. Mungkin Allah bagi masa untuk aku
honeymoon puas-puas dengan encek Suami dulu. Cuma, aku kena lebih berhati-hati dengan keadaan jalan raya selepas ni. :')
|
makin chubby. =." |
Bila terbaca balik apa yang ditulis di atas. Terasa macam
out of topic pulak. Sebenarnya, nak ingatkan terutamanya
brides-to-be supaya berjimat untuk masa akan datang. Tu lah, sebab dah lama sangat tak menaip
entry sendiri, sampai dah bercampur-aduk entry aku ni. Takpelah, sekali-sekala kan?
Last words,
|
that's true :') |