Assalamualaikum...
Seorang ahli bijaksana berkata,
jika anda ingin bergaul secara baik dan sopan, ikutilah petunjuk ini :
sumber : www.google.com |
- Hadapi kawan atau lawan dengan wajah yang tenang, gembira, sopan dan rela hati. Elak daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri.
- Jangan terlalu banyak menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang orang lain.
- Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak meludah atau berhingus di tempat awam, banyak menguap atau menggeliatkan badan.
- Usahakan agar dudukmu itu kelihatan tenang, kata-kata selalu teratur, menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik jika kamu diam saja.
- Jangan bersikap pura-pura.
- Elak daripada memberitahu sesiapa mengenai harta yang dimiliki kerana jika harta itu sedikit, orang akan memandangmu dengan kehinaan.
- Jika berdebat, berpegang teguhlah kepada kesopanan dan jangan merendah-rendah kemampuan orang lain.
- Jangan menjadikan harta lebih mulia daripada kehormatan diri.
- Jika masuk ke majlis, berilah salam dan sentiasa merendah diri.
- Jauhi daripada duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa sentiasalah menundukkan pandanganmu.
- Jangan suka bergurau dengan cendekiawan dan orang yang kurang cerdik.
- Jika banyak bergurau senda dalam sesuatu majlis, kerana terlupa atau lain-lain, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.
sumber : Dunia Macam-Macam.
No comments:
Post a Comment