Assalamualaikum...
3 perkara yang akan ikut kita ke
kubur, 2 darinya akan pulang semula dan satu daripadanya akan tinggal
bersama-sama kita dan menemani kita.
Pertama yang akan mengiringi kita
ke kubur adalah ahli keluarga kita. Seramai mana ahli keluarga, saudara mara
pasti akan ikut turut jenazah ke kubur samada jauh atau dekat. Yang dekat awal
lagi sampai sedang yang jauh ditunggu juga walaupun kalau dia tak balik pun tak
apa. Perlu diingat, seeloknya usahlah tunggu kalau lambat lagi dia nak sampai
sebab menyeksakan mayat. Masa hidup patut berjumpa dan berkasih sayang, bukan
bila mati baru nak tunjuk muka. Untuk apa tengok kali terakhir? Kalau untuk
menunjukkan kasih kepadanya, lebih baik biarkan dia diuruskan secepat mungkin.
Kedua adalah harta. Ya, harta juga ikut sama ke kubur samada kereta atau motor
akan turut ke kubur tapi sudah pasti bukan si mati yang bawa tapi orang lain.
Jika si mati adalah orang besar dan berpangkat, pasti pingat-pingat turut
diarak dan dibawa ke kuburan. Penuh istiadat dan pelbagai upacara mengikut
status dan kedudukan dalam masyarakat.
Ketiga sudah pasti amalan kita semasa kita hidup kat dunia ini.
Daripada 3 benda ini iaitu ahli keluarga, harta dan amalan, 2 daripadanya akan pulang
kembali ke rumah iaitu ahli keluarga dan harta. Sayang macam mana sekalipun isteri kepada
suami, tetap akan pulang juga selepas siap tanam. Sekasih mana seorang suami
kepada isteri, sudah pasti tidak akan ditanam bersama. Secinta mana seorang ibu
kepada anak, tidak juga dikambus bersama. Semuanya akan balik. Begitu juga harta
benda juga akan dibawa balik untuk digunakan oleh orang yang hidup atau
dibahagi-bahagikan sesama waris. Yang tinggal hanyalah amalan yang akan menjadi
penentu untung nasib kita di dalam kubur.
Jadi, bagaimana kita? Bagaimana peneman kita dikubur nanti. Sudah dibuat persiapankah? Ahli keluarga dan harta akan kembali ke rumah, tetapi itulah yang lebih kita beri perhatian berbanding amalan yang akan tinggal bersama kita.
sumber : Koleksi Tazkirah Di FB.
No comments:
Post a Comment