Dah lama rasanya tak berkongsi tentang kehidupan peribadi. Sejak kebelakangan ni, memang suka sangat membaca. Buku-buku dan majalah-majalah yang berhabuk akibat tersimpan rapi tanpa diusik di dalam rak sudah pun mulai dibaca. Mungkin itulah caranya mengisi masa lapang dengan sebaik-baiknya bukan?
Sebenarnya, bukan nak bercerita tentang hobi baru iaitu membaca buku. Tapi, nak review tentang majlis petunangan salah seorang kawan lama, Iena namanya. Dah lama jugak kitaorang berdua tak jumpa. Last time jumpa pun masa aku on the way, nak balik kL. Jumpa sekejap dekat kedai mamak di Sekinchan. Masa tu aku tengah rushing, tiap-tiap minggu balik kampung sebab nak uruskan wedding preparation. Lepas kahwin, memang tak jumpa dah. Sebab masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing. Cuma selalu berhubung melalui message dan facebook je.
Paling best, bila aku dapat kenal dengan kawan baru, Ajnija namanya. Kiranya, Ajnija dan Iena ni best friends forever. Sebelum ni, kitaorang berdua berhubung dekat facebook. Tapi, disebabkan tak tahu sangat dekat mana majlis pertunangan Iena, kitaorang berdua mula lah start bertukar-tukar nombor handphone. Paling tak sangka, bila sampai dekat rumah makcik saudara Iena, kitaorang bertiga terus jadi kamceng. Mungkin sebab perangai masing-masing lebih kurang sama kot. :P
Betul lah,
Majlis pertunangan Iena start dalam pukul 3 petang. Ingatkan aku yang lewat sampai. Rupa-rupanya, Ajnija dengan bffnya yang lambat. Sempat jugak lah encek Suami usha-usha barang bundle dekat Sungai Besar. Dah alang-alang lambat, kitaorang pun join the club sekali lah dengan rombongan pihak lelaki. Tanpa segan silu, aku dengan Ajnija terus redah bilik bride-to-be. Dah tak toleh kiri kanan. Main redah je. Huhu. Sebelum majlis menyarungkang cincin, harussslah camwhoring dulu dengan bride-to-be. Tema majlis pertunangan Iena adalah merah hitam dan dibalas dengan purple. Memang cantikkk sangat!
from us, Ajnija, Je'en & Ada. |
the hantaransss. |
cantikkk kan, bride-to-be? |
member baru, ajnija yang sengalllnesss. |
gambar husband & wife haruslah ade. ♥ |
No comments:
Post a Comment