>

Friday, 6 January 2012

Review - Majlis Pertunangan BFF, Gjot & Alan (Tema Hot Pink).

Assalamualaikum...

Dah siap taip entry berjela², masa tengok dekat blog takde. Ingatkan lambat appear. Rupa²nya broadband slow, jadinya entry tu secara automatik tak save dan hilang serta-merta. Adoyai! Semalam gigih menaip pasal majlis pertunangan best friend forever (bff).

Takpe lah nak buat macam mana. Kena tulis balik semula lah kan? Phhheeewww! Belum start nak story dah berpeluh². Macam mana tu? Dalam beberapa bulan lepas, bff aku memang dah bagitahu awal² suruh save the date on her engagement day. Masa dengar tu, mestilah happy kan? Akhirnya, bff dah nak bertunang dan mengikut jejak langkah aku. Yang lagi dua orang tu tak boleh lagi, sebab diorang tengah sambung degree. Bila dah tahu tarikh bff bertunang, terus save dalam handphone purple devil. Mesti save nanti terlupa pulak nak pergi. Nanti kecik hati pulak my bbf tu.

Kebetulan masa tarikh pertunangan bff, encek Suami cuti seminggu dan aku pun kena lah cuti seminggu. Masa ni je lah dapat berjalan puas² dengan encek Suami tersayang. Eh, yeke? Padahal tiap² minggu berjalan sampai lewat malam. Takpe, dah halal kan? Nak spent time duapolohempatjam dengan suami/isteri sendiri takpe. Takde halangan, tak berdosa dan dapat pahala. Betul kan?

Awal² pagi dah bersiap² sebab excited nak jumpa bff balik. Semenjak kitaorang habis Politeknik memang tak pernah jumpa rasanya. Selalu sembang melalui handphoned dengan facebook je. Masa aku dekat Terengganu, dia dekat JB lah, Nogori lah. Sampaikan masa wedding aku pun, dia tak dapat datang sebab baru dapat jawatan tetap dekat Makmal Kesihatan, Kota Kinabalu. Takpe, aku faham. Lagipun mahal kan tiket flight nak ulang alik dari sana ke Semenanjung? So, peluang yang ade untuk jumpa bff balik, memang aku taknak sia²kan. Sebab tak tahu lepas ni dapat jumpa lagi or tak. Sedihnyeee. Sebelum pergi majlis pertunangan bff, kena hantar family brother-in-law ke airport. Lepas hantar, encik Suami drive slow je. Lagipun tengok jam baru pukul 10 pagi. Kalau tak silap majlis pertunangan start pukul 12.30 tengah hari.

Sampai je dekat rumah bff, kebetulan rombongan pihak lelaki pun baru je sampai. Apelagi aku dengan encek Suami join sekali je lah. Memang crowded masa dekat rumah bff. Meriah rasanya! Masa nak masuk bilik bff, kaki aku pulak menggeletar. Alahai, macam aku pulak nak bertunang! Tema majlis pertunangan bff adalah pink ala² peach. Memang semuanya cantik! Pandai bff pilih butik. 
my bff tengah bersiap
the pelamin. cantikkan?
akhirnya, bertunang sudah Gjot 
Alhamdulillah... Everything goes well. Suka sangat bila tengok my bff happy on her day. Biasalah kan, setiap orang ade dugaan masing². Masa ni pun suara bff takde. Hanya suara garau je. Maybe sebab penat sangat kot. Mana taknya, sehari sebelum majlis pertunangan ni, barulah bff sampai dekat rumah. Everything, family & kawan² yang dekat dengan rumah bff yang aturkan semua. Apepun, majlis dah selesai dengan sempurna. Alhamdulillah...
"Tahniah best friend forever! Akhirnya, kau dah menjadi tunangan orang. I'm happy for you, dear! Semoga jodoh korang berdua akan kekal sehingga ke jinjang pelamin. Amin ya rabbal alamin. Kepada Alan, jaga kawan saya elok² ye. Jangan main²kan perasaan dia. Kalau tak, see you in court. Eh, takdelah main² je. Happy engaged both of you!"