>

Sunday, 29 January 2012

Ketika Di AWAL & AKHIR Usia Manusia.

Assalamualaikum...
Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa solat.
Ketika kamu meninggal, kamu disolat tanpa azan.

Ketika kamu dilahirkan, kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu.
Ketika kamu meninggal, kamu tidak mengetahui siapa yang akan mengusung kamu.

Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan.
Ketika kamu meninggal, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.

Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira.
Ketika kamu meninggal, kedua ibu bapa dan keluarga menangis ke atas kamu.

Adam dijadikan dan keturunannya dijadikan daripada tanah.
Maha Suci Allah yang menjadikan kamu telah memasukkan kamu ke dalam setelah mati.

Ketika dalam perut ibu, kamu berada di dalam kegelapan dan kesempitan.
Ketika kamu meninggal, kamu juga berada di dalam kegelapan dan kesempitan.

Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti dengan kain supaya melindungi tubuhmu.
Ketika kamu meninggal, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.

Ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran.
Ketika kamu meninggal, kamu tidak akan ditanya melainkan amalan soleh.

Apakah bekalan yang telah kamu sediakan?