>

Thursday, 15 December 2011

Fancy Stuffs, Comelnya!

Assalamualaikum...

Walaupun dah kahwin, aku suka sangat tengok benda² yang fancy ni. Nampak comel je bila tengok. Bila dah pegang, alahai rasa nak beli je semuanya. Sampaikan kalau dah terberkenan, mesti buat muka ala² mintak simpati dekat encek Suami. Supaya aku dapat beli benda²  fancy ni semua. Konon²nya masa kecik² dulu, tak dapat nak beli benda ni semua. Bila dah besar, teringin pulak nak buat collections. Mengada² kan aku? ƗƗuƗƗuƗƗu "̮ Kadang² dapat beli, kadang² tak dapat beli. Sebabnya dekat rumah pun tersimpan elok je benda² yang aku beli sampaikan tak guna². Kalau nak beli benda² fancy ni, mesti kena dengar pot pet dulu dari encek Suami. Sampaikan aku dah hafal apa ayat yang akan keluar dari mulut encek Suami. Lepas tu, aku ajuk balik apa yang encek Suami cakap. ƗƗiƗƗiƗƗi "̮ Kalau dapat beli, aku mesti susun dekat almari buku. Kalau tak dapat beli, kadang² aku merajuk, kadang² fikir balik, mesti kat tempat lain ade yang lagi comel! Think positive sebab nanti boleh balas dendam beli senyap²ƗƗaƗƗaƗƗa "̮

Nak tahu apa benda² fancy yang aku suka habiskan duit semata² nak buat collections? Ala, nak publish gambar, aku kumpul tak banyak lagi. Tunggu lah... Dah banyak nanti, aku shared dengan korang ye. Aku publish gambar yang aku google je. Setahu aku, dekat Malaysia memang susah sikit nak cari benda² fancy ni. Kalau dekat Indonesia, Korea dengan China memang banyak jual benda²  fancy ni. Kalau korang tahu dekat mane ade jual benda² fancy di Malaysia, bagitahu lah aku ye. Boleh terjah. Oooppsss... Aku memang kebudak²kan sikit. Nak buat macam mane kan? encek Suami pun dah tahu sejak zaman sekolah lagi. ƗƗiƗƗiƗƗi "̮
314/365 london bus
COMEL kan? Bestnya, alahai!