Saturday 2 April 2011

Tips Mengurangkan Kulit Muka Berminyak.

Assalamualaikum...
  • Pilihan 1 : Buah Epal 
Parut buah epal hingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit selepas itu cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

  • Pilihan 2 : Beras 
Rendamkan beras anggaran 1/2 gelas. Campurkan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemua bahan tersebut dikisar bersama. Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan yang telah dikisar itu setiap kali sebelum anda tidur.

  • Pilihan 3 : Madu Lebah
Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur.Jika tiada, anda bolehlah gantikan dengan air limau parut. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian, bilas dengan menggunakan air bersih.

  • Pilihan 4 : Daun Sirih


Ramaskan daun sirih di dalam 1 cawan air. Selepas itu, sapukan air ramasan itu pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu berturut-turut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.


  • Pilihan 5 : Tepung Dhal
Campurkan tepung dhal dengan pati susu, dan sapukan pada muka. Biarkan sapuan itu sehingga kering. Selepas itu bilas muka dengan air bersih. 

  • Pilihan 6 : Wap Muka
Rendam sehelai tuala kecil ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan ke muka. Setelah itu lap muka anda bersih-bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

  • Pilihan 7 : Bedak Sejuk
Gunakan bedak sejuk biasa. Ambil sedikit bedak sejuk (ketul-ketulan), tambah dengan sedikit air. Tempek bedak sejuk ke muka sebelum tidur. Bersihkan muka selepas 30 minit atau selepas bangun daripada tidur. Kulit akan nampak lebih segar dan halus, serta mengurangkan minyak di permukaan kulit.