Assalamualaikum...
Pagi-pagi lagi dah buatkan aku naik angin. Bukan banyak angin sebab tak sarapan, tapi disebabkan kes rompakan yang berlaku dekat rumah sewa aku semalam. Rompakan atau kecurian ye? Belasah je lah! Takde masa aku nak fikir maksud dua istilah ni. Yang pasti, memang perompak tu memang cari pasal dengan aku dan housemates. Rasa nak belasah cukup-cukup je! Dah takde kerja gamaknya, tu yang sampai sanggup mencuri harta benda kesayangan aku dengan housemates. Eh, kejap. Banyak lagi kerja yang HALAL kot. Merompak jugak jadi pilihan hati. Tak faham, tak faham.
Sejak dah ade kereta, tiap-tiap hari lepas balik dari kerja, aku singgah tapaw makanan dekat simpang depan rumah sewa. Selalunya, aku ikut pintu belakang sebabnya aku letak kereta dekat area Masjid UPM. Masa aku masuk dalam rumah, memang aku takde lah syak apa-apa yang berlaku. Lagipun aku tengok keadaan rumah macam biasa je. Selesai je makan, aku pun pergi lah bilik mandi. Dalam mencari-cari shower gel dekat dalam baldi, aku terfikir banyak kali "Aik? Mana pulak shower gel aku ni? Takkan ade orang guna kot!" Masa tu dalam hati macam-macam yang aku cakap, marah punya pasal. Mana taknya, nak guna hak orang lain, tapi tak reti nak minta izin dulu. Fikir punya fikir, rasanya semalam baru je aku refill shower gel takkan boleh hilang dalam sekelip mata kot.
Apalagi ,aku terus jadi tak sedap hati. Kebetulan, masa aku nak bukak pintu bilik, tiba-tiba berkunci. Sebelum ni, aku dengan housemate memang tak pernah kunci bilik. Takkan housemate yang kunci kot. Eh, tak mungkin! Aku rasa pagi tadi, aku keluar rumah lagi lambat dari housemate. Dan aku yakin yang aku tak kunci bilik. Dalam tengah terfikir-fikir tu, aku tanya jugaklah dekat housemates yang lain. Tapi diorang cakap tak tahu. Lepas tu, Kak Nida saje-saje lah nak spot check dalam almari dia. Nak tengok samada laptop dia ade atau tak. Tiba-tiba Kak Nida menjerit satu rumah yang laptop dia takde. Boleh pulak aku cakap Kak Nida sengaja nak main-mainkan aku. Bila aku tengok sendiri dekat dalam almari dia, sah! Memang laptop Kak Nida dah takde. Satu rumah jadi kelam-kelibut. Semua check bilik masing-masing. Tapi yang pasti, memang takde kesan-kesan rompakan langsung!
Bila semua dah check bilik masing-masing, baru lah aku tahu sebenarnya perompak dah geledah semua almari housemates. Termasuk lah aku. FINE! Baru lah terperasan almari masing-masing dah kena kopek. Masa tengah check barang-barang dalam drawer, barulah aku tahu yang perompak curi kunci pendua scooter dan tinggalkan roadtax sahaja. Kamera canon 7.1mpx yang dah rosak dengan cad reader pun perompak tu rembat. Yang paling kesian, dekat housemates yang lain lah. Hilang laptop Acer, barang-barang kemas, handbag carlo rino, duit, losyen, bedak dan lain-lain. Masa tu tak tahu nak menangis ke nak ketawa. Sebab pertama kali kan. Yang paling tak boleh blah, sempat lagi perompak tu minum mineral water dalam bilik dan makan roti yang dah expired? Memang pelahap betul pencuri tu. Dahlah sempat jugak curi botol air, mug dengan tin biskut. Adoyai! Desprate sungguh!
Tapi, aku bersyukur sangat-sangat. Sebabnya pagi tu aku tergerak hati nak bawa dua-dua external hard disk dengan broadband pergi kerja. Dan laptop, aku tinggalkan dekat kampung. Kalau external hilang, menangis air mata darah lah jawabnya. Oh, tak sanggup! Dan paling bersyukur bila kunci spare kereta yang aku letak dekat bawah lipatan baju, perompak tak perasan. Cuma rasa terkilan bila camera digital yang nyawa-nyawa ikan tu dah takde. Mana taknya, camera tu dah berbakti dengan aku sejak aku practical dekat MARDI lagi. Kalau tak silap tahun 2007.
Lepas dah tahu, barang-barang yang hilang tersu kitaorang pergi buat report dekat balai polis sri serdang. Masa nak buat report tu, geram jugak lah bila polis yang sepatutnya terima report kitaorang melengah-lengahkan masa dan sempat lagi berbual-bual pasal nak makan apa. Kalau ye pun nak berbual, utamakan lah pelanggan dulu. Boleh je buat kerja sambil bekerja. Ingat kitaorang ni tunggul ke ape nak tunggu korang berbual? Ade pulak sorang polis wanita ni, nak cakap pangkat tinggi rasanya tak kot. Sebab ade satu paku je dekat atas bahu dia. Boleh pulak nak perli-perli kitaorang. Dah lah arah kan macam-macam suruh buat itu ini. Senyum dahlah takde langsung! Padahal pegawai polis yang terima report dan statement kitaorang lebih berhemah dari kau. Siap boleh bagi advice, cadangan dan lain-lain. Kau tak layak rasanya, jadi polis!
Bila dah sattle buat report, malam tu jugak kalau tak silap polis datang buat spot check dekat rumah kitaorang. Malam tu semua orang tak boleh tidur. Lampu pun terpasang sebagai langkah berjaga-jaga. Aku pun dah tukar semua kunci scooter. Risau kalau perompak tu datang rumah sewa untuk kali kedua. Manalah tahu kan? Kena berjaga-jaga sebelum pisang berbuah dua tiga kali. Maybe lepas ni kena cari rumah sewa yang lain. Yang lebih selamat dan sebelah-menyebelah adelah rumah family.
sumber : www.tumblr.com |
"Yang pastinya... Aku haramkan segala apa harta benda yang perompak tu ambil. Sebab banyak lagi kerja yang halal untuk diorang dapat duit. Bukan dengan merompak hak orang lain. Mungkin perompak tu boleh terlepas dekat dunia yang sementara ni. Tapi diorang takkan terlepas di akhirat kelak. Allah SWT akan tunjukkan segala-galanya. Moga perompak tu akan dapat balasan yang setimpal dengan apa yang diorang dah buat. Amin ya Rabbal alamin."