Friday, 21 August 2009

Pergi Takkan Kembali Lagi, Al-Fatihah Buat Ustaz Asri (Rabbani).

Assalamualaikum...

Mungkin entry aku dah agak terlambat utk menceritakan tentang seorang pendakwah nasyid yang tersohor di Malaysia. Biarpun hampir seminggu beliau telah meninggalkan dunia yang sementara ini, tapi aku percaya bahawa setiap alunan lagu, zikir dan dakwah yang beliau perjuangkan melalui industri nasyid sehingga di saat-saat beliau menghembuskan nafas terakhir di dunia ini pasti akan diingati oleh segenap lapisan masyarakat sampai bila-bila.
sumber : www.google.com
Aku dapat tahu Allahyarham Ustaz Asri meninggal dunia pun melalui TV3. Masa aku dapat berita tentang beliau, aku ingatkan beliau koma dan dimasukkan ke dalam hospital. Tapi... Allah lebih menyayangi beliau. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur setelah jatuh pengsan ketika memberi ucapan dalam sidang media program Syahadah di Angkasapuri, RTM. Tiba-tiba aku rasa sebak bila tengok dekat rancangan TV3 mengenai "Ustaz Asri Dalam Kenangan". Lagu-lagu yang dialunkan bersama kumpulan nasyid Rabbani memang menyentuh hati bagi sesiapa yang betul-betul menghayati lirik-lirik yang disampaikan oleh beliau.  

Ditambah pulak bila melihat temuramah di antara wartawan dengan isteri beliau di mana luarannya nampak tenang tapi di dalam hati, hanya Allah SWT je yang tahu. Akhirnya gugur juga air mata yang ditahan sewaktu awal temuramah tanda perpisahan di dunia dari seorang isteri kepada suami kesayangannya. Tapi isteri beliau ada menceritakan bahawa Allahyarham Ustaz Asri kelihatan berpeluh-peluh sebelum pergi ke sidang media tersebut (tanda-tanda awal nazak/kematian). Mungkin itulah di antara tanda-tanda kematian seseorang. Malaysia akan  merasai kehilangan beliau nanti. Patutlah ada hadis/riwayat yang menyebut salah satu tanda-tanda kiamat kecil, ramai orang soleh akan meninggal dunia.
"Tidak akan datang kiamat sehingga Allah SWT mengambil orang-orang yang baik dan dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yg tinggal pdnya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yg makruf dan tidak mengingkari kemungkaran..." (Riwayat Ahmad)
Serba sedikit Biodata Allahyarham Ustaz Asri :
Nama : Mohamad Asri Bin Ibrahim
Tarikh Lahir : 3 Ogos 1969
Tempat Lahir : Klang, Selangor
Isteri : Halizah Shahzan
Anak : 6 orang
Blog : http://asrirabbani.blogspot.com
Maksud Rabbani : Yang Ariff dan Yang Soleh
Ditubuhkan : 1 Mac 1997
Ahli Kumpulan : 9 orang

Macam mana agaknya industri nasyid umumnya dan kumpulan Rabbani khususnya dalam menghadapi kehilangan salah seorang ahli yang sangat kuat dalam memperjuangkan dakwah mereka melalui nasyid? Harapan aku ianya takkan terkubur dan ahli-ahli yang lain akan terus memperjuangkan kumpulan nasyid Rabbani sampai bila-bila. Pasti kerinduan pada gemersik suara Allahyarham Ustaz Asri akan diingati. InsyaAllah... Terjumpa blog Ustaz Asri dan ayat-ayat di blognya amat menyentuh hati aku. Antaranya :
Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...
Walau selama manapun kita hidup, penghujungnya pasti mati. Jadi jangan lupa bawa bekalan untuk pulang. 
Marila kita semua sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Mohamad Asri Bin Ibrahim. Moga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yangberiman. InsyaAllah...
sumber : www.pinterest.com

Monday, 10 August 2009

Tips Menghilangkan Whiteheads & Blackheads.

Assalamualaikum...
sumber : www.google.com
Semalam, aku dah update entry tentang whiteheads yang tengah membiak dengan aktifnya di kulit muka. Kali ni, aku nak share dengan korang semua cara-cara untuk menghilangkan whiteheads. Tak kisah lah samada di hidung, di pipi, di dagu, di dahi dan sebagainya. Aku tak pasti keberkesanannya sebab yang ni aku jumpa masa tengah google dekat blog-blog kecantikan. Biasanya, sebelum ni aku guna kulit telur yang nipis kalau nak hilangkan whiteheads. Tapi remeh sikit lah kalau buat benda macam tu. Apapun, apa salahnya mencuba petua-petua yang lain. Betul tak? 

Sebelum tu, aku terjumpa sesuatu. Rupa-rupanya terdapat perbezaan di antara blackheads dan whiteheads. Antaranya ialah :
  • Perbezaan utama di antara blackheads dan whiteheads adalah perbezaan kawasan.
  • Di mana kulit yang halus dan lembut, minyak yang tersumbat tidak akan terdedah ke udara.
  • Akibatnya, hujung yang terhasil tidak menjadi gelap atau hitam seperti blackheads. Itulah sebabnya ia dipanggil whiteheads.
  • Biasanya whiteheads terjadi di bawah mata, hidung, tulang pipi dan sebagainya.
Antara rawatan-rawatan yang boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai whiteheads dah blackheads adalah seperti berikut :
sumber : www.google.com
  • Gunakan krim yang mengandungi AHAs (Alpha Hydroxy Fruit Acids) seperti glyco-cream. Ia berperanan menghilangkan mana-mana sel-sel kulit mati dan membantu dalam mennyah nyumbat liang-liang roma untuk menanggalkan whiteheads.
  • Membuat paste yang dipanggang dan serbuk kulit pomgranate dengan jus limau segar dan dipakai ke atas bisul, jerawat, blackheads dan whiteheads.
  • Campurkan tepung jagung dengan cuka sehingga ia menjadi paste. Lumurkan pada kawasan yang terdapat whiteheads dan blackheads selama 15-30 minit. Bilas dengan air suam dan tuala kecil. Ini boleh membantu untuk menghilangkan whiteheads.
  • Membuat paste kayu gaharu dengan air mawar. Sapukan pada kawasan yang terdapat whiteheads dan blackheads. Bilas selepas 20-30 minit dengan air suam.
  • Campurkan 1 sudu besar minyak kacang tanah dengan 1 sudu besar jus limau segar untuk menghalang pembentukan whiteheads dan jerawat.
Kalau taknak whiteheads atau blackheads melekat pada kulit muka, senang je. Amalkan dengan :
  • Makan buahan-buahan dan sayur-sayuran segar setiap hari.
  • Minum banyak air dan jus buah segar.
  • Minum segelas air suam dan dengan jus lemon setiap pagi. Ia dapat membantu dalam menyahtoksikkan tubuh badan.
Okey, lepas ni boleh lah amalkan. Berjaya atau tidak, itu bergantung kepada usaha kita setiap hari. Nak seribu daya taknak seribu dalih. Kena buat tiap-tiap hari kalau nak tengok hasilnya. Selamat mencuba!

Sunday, 9 August 2009

Whiteheads, Nyah Kau Dari Muka Ku!

Assalamualaikum...
sumber : www.google.com
Sejak dua menjak ni, aku memang rasa down sangat dek whiteheads yang tengah membiak dengan aktifnya dekat kulit muka aku terutamanya dekat area hidung. Walaupun takde lah nampak sangat bila dari jauh, tapi once make up dah tanggal, memang sangat-sangat jelas bintik-bintik putih. Kadang-kadang tu rasa geram sangat-sangat sampaikan jalan terakhir adalah dengan menggunakan jari. Kutil sana kutil sini sampai merah-merah macam badut dah hidung aku.

Mungkin sebab kulit aku berminyak sangat. Sebab tu liang-liang roma dekat area hidung memerangkap minyak. Dan terhasillah whiteheads. Eh, yeke aku punya teori ni? Ke salah sebenarnya. Hentam je lah. Tengah mencari-cari jugak dekat google, macam mana nak hilangkan whiteheads ni. Kalau boleh nak hilangkan sampai bila-bila. Tak larat dah nak kutil sana kutil sini. Lagipun guna kuku bukan elok sangat pun. Makin merebak lagi banyak ade lah. Nak buat macam mana kan, nak pergi facial dekat spa atau saloon memang tak lah. Bukan rajin sangat nak menunggu turn dan duduk lama-lama dalam spa tu. Tapi, ape salahnya kan kalau nak try sekali-sekala. Yelah, kena manjakan diri jugak. Kalau tak, tu yang jadi merajuk sampai degil sangat nak hilangkan.

Next entry, aku update entry tentang macam mana nak hilangkan whiteheads daripada kulit muka. Buat masa sekarang, nak taknak kena redha je lah.

Monday, 3 August 2009

10 Perkara Tentang Negara Haram Israel!

Assalamualaikum...

10 perkara tentang negara haram Israel, adakah kita tahu?
  1. Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya. Kadar pengguna rokok di sana semakin menurun dari masa ke semasa.
  2. Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan. Namun ilmu itu hanya untuk orang luar kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Penduduk Israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
  3. Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
  4. McDonald di Israel dibuka pada tahun 1993 (lewat berbanding negara-negara lain). Mereka telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita di sini masih lagi menggunakan kafein yang berbahaya.
  5. Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan akan menyebabkan kita merasa mengantuk, lemah dan sukar untuk memahami pelajaran di sekolah. Sedangkan di sini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
  6. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya. Gambar-gambar penggalian boleh di dapati di sini.
  7. Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya, Israel yang menyerang negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al-Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk mempertahankan diri dan antisipasi.
  8. Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi.
  9. Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
  10. Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun.
Wallahua'lam...
Ini Negara yang telah menindas saudara-saudara kita tanpa belas kasihan, merampas hak-hak umat Islam dan merosakkan Masjid Suci Al-Aqsa. Mereka menyeksa dan membunuh saudara-saudara kita, JANGAN SESEKALI REDHA DAN MENYOKONG NEGARA HARAM INI! REDHA kita kepada kewujudan mereka bermakna REDHA KITA KEPADA KEKEJAMAN ISRAEL TERHADAP SAUDARA-SAUDARA ISLAM KITA!
sumber :
http://zharifalimin.blogspot.com/2011/10/10-perkara-tentang-israel-yang-kita.html
http://www.ceritamamat.com/10-perkara-yahudi-yang-perlu-kita-tahu
Tegakkan Khilafah Islamiyah

Bersuka Ria Di Genting Highlands.

Assalamualaikum...

Entry perapan. Harap maklum.

Hari Deepavali tak lama lagi. Girlfriends UMT pun dah nak start cuti semester. Before ni, kitaorang memang planned nak bersuka ria dekat Genting Highlands. Akhirnya termakbul juga. Walaupun dah lama tak jumpa face to face tapi still keep in touch dekat facebook. Alhamdulillah. Antara salah satu best momories i have ever had, roomates yang sangat ohsemmm walaupun course lain-lain. :")

Aku bertolak dari Sabak Bernam sebab memang aku nak balik kampung dulu dan aku agak lewat sebenarnya. Kesian dekat girlfriends aku sebab diorang dah sampai Subuh dari Terenganu kalau tak silap. Nak menunggu aku yang lambat lagi. Nasib baiklah tiket ke Kuala Lumpur ada. Kalau tak haru-biru jadinya. Kitaorg janji nak juma dekat KL Sentral. Aku sampai dekat KL Sentral waktu Zohor. Cadangnya nak ambil pakej dekat KL Sentral, tapi disebabkan ramai orang dan agak risau, makanya tak jadi. Sebab girfriend yang dah biasa pergi cakap, bahaya kalau turun Genting Highlands petang. Tak pasti lah sempat main kat sana atau tudak. Kebetulan jumpa sorang minah yang tegur sapa kitaorang. Mungkin nak pergi perhentian bas sama-sama agaknya. Kuala Lumpur kan bahaya. 

Girlfriends : Awak nak pegi Genting jugak ye?
Minah : A'ah... Kamu sume nk pegi jugak ke?
Kitaorg : Ye... Tapi tu lah tiket mscam nak habis je. 
Minah : Tak pe.. Korang follow kita pergi beli tiket dekat Titiwangsa.
Kitaorg : (Dengan pertanyaan yg macam-macam lagi.)


Kami semua jalan kaki ke Titiwangsa naik LRT. Dekat situ macam-macam lah yang kitaorang semua bebelkan. Sempat jugak bergambar. Nama pun jarang jumpa kan? Kebetulan memang kitaorang jenis yang pantang nampak camera. Ada je yang nak pose. Bile sampai Titiwangsa, kitaorag terus naik bas ke Genting Highlands. Sebenarnya banyak benda yang jadi. Tapi sebab letih sangat, kitaorang tak ambil port sangat. Masing-masing tidur dalam perjalan naik atas. Sampai dekat Genting, kitaorg macam hilang arah tujuan. Tak tahu nak pegi mane dulu. So, aku decide nak solat dulu. Baru lah fikir nak bermalam dekat mana sebab hari pun macam dah nak gelap. Hari minggu biasalah ramai orang kan. Hotel pun kebanyakannya penuh. Macam-macam karenah orang tengah hotel dan pemandu van. Hotel yang murah pun kebanyakkannya penuh. Sambil buat keputusan, tangkap gambar lagi. :") Bosan jugak sebenarnya. Kebetulan ada Chinese man tolong kitaorang dapatkan hotel. RM200 untuk 5 orang. Okey kot sorang RM40. 

Bila teringat balik nak ke hotel tu, ya Allah... Berdebar-debar habak kat hang! Jauh masuk ke dalam satu hal tepi gaung satu hal. Bila nampak dah macam rumah hantu. Macam dah lama ditinggalkan. Masa tu masing-masing pandang antara satu sama lain sambil pegang tangan. Doa dalam hati. Moga takde yang buruk berlaku. Lepas check in, terus ke bilik hotel. Malam tu terasa lapar dan berpatah balik ke kawasan permainan. Kitaorang makan KFC dan shopping sikit-sikit. Nak taknak terpaksalah beli sweater padini sebab aku datang pun sehelai sepinggang. Nasib baik ada sale. Bila dah kenyang patah balik ke hotel. Malam tu adalah kejadian yang menyeramkan. 
Esoknya, kitaorang saengaja lengah-lengahkan masa sebab nak turun Genting Highlands petang. Waktu breakfast dalam bilik sambil tengok tv, aku usha-usha lah tengok pintu. Hasilnya, aku nampak macam kesan tolakan and hampir pecah. Apalagi, terus aku panggil girlfriends yang lain. Rupa-rupanya malam tadi bukan aku sorang je yang terdengar ada orang ketuk pintu dan bunyi loceng. Alhamdulillah... Allah Maha Besar. Diberikan petunjuk dekat kawan aku kunci mangga dari dalam bukan dekat luar seperti kebiasaannya. Bila tahu perkara cenggitu, semua kelam-kabut bersiap. Terus ke lobi dan check out. Doa dalam hati semoga semua selamat. Sampai dekat Outdoor Theme Park, terus beratur dan bermain sepuas-puasnya. Serius, sangat best dan tak rugi berhabis duit datang sini. Dapat spent time dengan girlfriends lagi syok! Yes, aku sedar aku antara orang yang first time datang sini. Sedar diri. Korang boleh gelakkan aku. HAHA. :"/

Nasihat Berguna Sepanjang Zaman.

Assalamualaikum...
sumber : www.pinterest.com
Baca :
  1. Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah SWT, maka dia kaya.
  2. Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.
  3. Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah SWT kepadanya, maka dia telah menentang keputusan-Nya.
  4. Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.
  5. Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.
  6. Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.
  7. Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya.
  8. Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.
  9. Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.
  10. Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.
Orang yang tahu hanya SEDIKIT dari perkara yang baik dan diamalkan adalah 
LEBIH BAIK dari 

Orang yang tahu BANYAK perkara yang baik dan langsung tidak diamalkan.

Jazaa Kallaahu Khairan,
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3678-nasihat-sepanjang-zaman.html
Tegakkan Khilafah Islamiyah

Wanita & Lelaki - Tiada Yang Sempurna.

Assalamualaikum...

Wanita adalah...
  1. Orang yang akan mendampingimu seumur hidup.
  2. Orang yang akan melahirkan anak-anakmu, walau dengan penuh rasa sakit.
  3. Orang yang merawatmu sampai tua.
  4. Orang yang akan merawatmu pada saat kau sakit.
  5. Orang yang akan selalu menyokong walau kau gagal berpuluh-puluh bahkan beratus kali.
  6. Orang yang memberikan hidupnya untukmu. Bahkan ia membuang egonya demi bersamamu. Bahkan saat kau menyakitinya, ia tetap berada di sampingmu..

Sedangkan Lelaki adalah...

  1. Orang yang akan menjagamu seumur hidupmu.
  2. Orang yang berkorban untukmu.
  3. Orang yang menafkahimu.
  4. Orang yang merawatmu saat kau sakit.
  5. Orang yang memelukmu saat kau sedih.
  6. Orang yang ingin membuatmu bahagia.

Mereka sama berharganya, walaupun mereka mempunyai perbezaan yang kadang-kala membuatkan mereka menyakiti antara satu sama lain. Dan itu hanya dapat diatasi dengan persefahaman dari kedua belah pihak. Hidup itu singkat. Terlalu singkat untuk berbagai pertengkaran. Mengapa tidak kau bahagiakan saja pasanganmu, dan mengisi hari kalian dengan penuh cinta dan membuat pasanganmu tersenyum lebih lebar setiap harinya? Bukankah itu lebih baik dan bahagia jika dibandingkan dengan saling menyakiti? Walaupun banyak hal, di mana kenyataannya tidak mudah untuk dilalui, bahkan kadang-kadang enggan untuk melaluinya.

Melihat ke atas : memperoleh semangat untuk maju.

Melihat ke bawah : bersyukur atas semua yang ada.
Melihat ke sebelah : smangat kebersamaan.
Melihat ke belakang : sebagai pengalaman berharga.
Melihat ke dalam : untuk instropeksi.
Melihat ke depan : untuk menjadi lebih baik.

Dari air kita belajar ketenangan.

Dari batu kita belajar ketegaran.
Dari tanah kita belajar kehidupan.
Dari kupu-kupu kita belajar merubah diri.
Dari padi kita belajar rendah hati.
Dari Allah SWT kita belajar tentang kasih yang sempurna.
Kerna tidak ada orang yang sempurna...