>

Monday, 8 September 2008

Kenangan Terindah UMT's Girlfriends!

Assalamualaikum...

Kalau diingat² balik kenangan aku dengan roomates yang paling sporting dan best yang pernah aku jumpa sepanjang dekat Universiti Malaysia Terengganu (UMT), memang sampai sekarang aku akan gelak sorang². Ceritanya begini, sepanjang aku masuk dekat UMT memang jarang nak keluar berjalan² dengan roomates. Lagipun aku sorang je course food sciende. Yang lain semuanya course IT. Masa yang berbeza membataskan untuk kami berjalan bersama² tapi tidak semasa di dalam dorm. 

Pernah sekali,  petang tu sepatutnya aku ade kelas Matematik Kejuruteraan Makanan. Before ni, roomates memang dah janji dengan aku nak pergi Perpustakaan Negeri sama². Sebabnya lecturer suruh cari bahan assignment Tamadun Islam & Asia (TITAS) kalau boleh biar dekat situ. Sebab refference dekat internet kureng. Bila dah planning, lain pulak jadinya. Roomates ajak pergi petang tu jugak padahal aku ade kelas. Dahlah time ni bulan puasa. Takkan aku nak berbuka puasa sorang². Kesian dekat aku kan? Dahlah merantau jauh. Kena pulak buka puasa sorang². Aku pun ape lagi merajuk jugak lah sekejap. Fikir punya fikir, last² aku buat keputusan nak ponteng kelas! Rasanya tak pernah lagi aku ponteng kelas. Berdebar jugak lah. Tapi aku suruh kawan aku tolong signature untuk aku. Nakal kan, aku?
Masa mula² nak pergi, ade missunderstanding jugak lah Tatia dengan kawannya tu. Last², sattle dengan cepat. Lepas booking kereta sewa, aku dengan roomates (Liza, Tatia dan Izan) terus pergi library. Dah lah time sampai kat situ, library dah nak tutup. Keluar je dari kereta, terus lari secepat yang mungkin dalam library sebab takut tak sempat nak cari bahan assignment. Siap kena warning dengan mak guard jugak lah. Dalam library pun sunyi je. Kitaorang je meriuhkan suasana. Time nak keluar dari library, terbunyi pulak siren dekat tempat scan barang. Bila berbunyi, wajiblah kena spot check dengan mak² guard yang garang. Tapi, kitaorang terlepas sebab takde barang² yang dicurigai. Fuh... Lega sangat! Sattle satu hal!
Ralat sangat cari tempat berbuka puasa, tengok² jam dah nak dekat waktu berbuka puasa. So, masing² cari dekat area Pantai Batu Buruk. Terjumpa satu kedai yang nampak mewah tapi harga boleh tahan. Masa jalan² dekat Pantai Batu Buruk, terliur pulak tengok orang jual macam². Nafsu time berpuasa lah katakan. Masuk je restoran tu, dengan riuhnya. Sampai orang sekeliling pun tengok gelagat kitaorang. Buat muka tebal je lah. Tengah tunggu makanan sampai, sempat pulak kitaorang suruh pekerja tu tolong tangkap gambar. Nasib baik sporting. Lepas tu, solat dekat Masjid Terapung Terengganu. Alhamdulillah... Ramai orang berjemaah dekat sini.
Masa nak balik, dapat kejadian² yang kelakar. Time nak balik UMT, tiba² kitaorang kena kejar dengan kereta polis. Ingatkan polis nak tahan kereta depan ke ape. Rupa²nya kereta kitaorang. Aiseyman! Berpeluh² jugak lah masa kena soal siasat dengan polis siap kena tunjuk ic lagi. Dah jadi macam artis pulak bila ramai orang tengok kitaorang. Last², polis lepaskan. Patutlah polis tahan sebab kitaorang tak pasang lampu depan. Dalam kereta, semua lega. Pheeewww! Nak menarikkan lagi story kitaorang hari ni, on the way nak balik UMT, tiba² kereta sewa pulak mati tengah jalan. Dah lah sunyi. Dahlah kitaorang tak berapa pandai nak check kereta. Almaklumlah, gegirl kan. Terpaksa call member lelaki. Diorang bawak minyak. Rupa²nya kereta sewa kitaorang meter minyak dah rosak. Siap bertolak beramai² lah time nak startkan enjin kereta. Alhamdulillah.. Selamat sampai kolej. Semua terus landing atas katil. Tak larat nak buat apa² dah. Penat tapi dalam masa yang sama gelak tah hengat!

Bila teringat balik kejadian ni semua, aku terfikir kembali. Pasti ade hikmahnya semua ni. Kalau tak kerana aku ponteng kelas, mungkin aku takkan ade kenangan langsung dengan roomates. Apepun, thanks a lot roomates tersayang sebab korang bagi zaman universiti aku selama 2 bulan setengah dengan memori yang indah!