Wednesday, 10 September 2008

Kenangan Seketika Bersama UMT's Girlfriends!


Assalamualaikum...
sumber : liana-ali.blogspot.com, edit by AdaNaz87
Sekarang, aku dekat kelas aplikasi komputer. Macam biasalah bula ade kuliah, aku akan silentkan handphone. Konon-kononya nak khusyuk dengar lecture. Walhal takut dengan lecturer sebabnya memang student dah kena warning awal-awal tentang penggunaan handphone hanya dibenarkan di waktu kecemasan. Kebetulan time tu aku bawak laptop sendiri sebab malas nak kongsi komputer dengan kawan² lain. Kedekut kan aku? 

Masa kelas ni, memang terus jadi khusyuk online, edit blog, edit gambar dan macam² lagi lah. Sampaikan pandang kiri kanan pun tak sempat. Masa itu kan emas. Bila kelas dah habis, aku terus tengok handphone. Mana lah tahu kalau² My Kesayangan message or call aku ke? Bila aku check, ternampak ade nombor dari kuala lumpur call aku. Aku pun cakap dalam hati. Eh, takkan MARDI yang call kot. Punyalah tak sabar nak balik kolej. Tak fikir kawan² dah terus balik cepat². Selalunye aku jalan kaki ulang alik ke kelas dan kolej. Tapi kali ni, aku naik van. Kebetulan time puasa, letih sikit rasanya. Nasib baik 30 sen je.

Sampai je dekat depan kolej, aku terus pergi kedai topup sebab nak call nombor tu balik. Masa nak beli topup, kaki aku terketar-ketar, apalah agaknya kan? Bila nak call, kaki aku terasa lambat je nak melangkah sampai ke bilik. Aku rasa macam sesuatu. Betullah, sangkaan aku tak meleset sama sekali. Memang orang dari MARDI yang call. Hati aku dah berdebar². Tapi, instinct aku mengatakan YA. 

Alhamdulillah... Berkat DOA seorang Mak, Family dan My Kesayangan, aku lulus dalam interview dan ditawarkan bekerja sebagai Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q27. Aku betul² tak sangka yang aku akan berjaya dalam interview tu. Sebab candidates yang datang kebanyakannya ade yang lebih berpengalaman dari aku. Masa masuk je bilik, aku terus bagitahu roomates. Ntahlah... Perasaan aku berbelah bahagi. Hingga saat ini, aku semakin hari semakin sayangkan universiti, roomates, usrah dan kursus kepimpinan. Masa aku dapat tahu tu, semua family bertanya dan memberikan pendapat masing². Mereka tak pernah memaksa aku tetapi membiarkan aku membuat pilihan yang tepat.


Pada mulanya, memang berat untuk aku meninggalkan universiti ni. Sebab terlalu banyak kenangan manis semasa aku di sini. Serius, masa aku dapat tahu aku dapat tawaran tu, aku sedih sampai menangis. Menangis kegembiraan sebab tak sangka aku akan dapat dan menangis kesedihan sebab aku akan meninggalkan roomates aku yang sangat² sporting. Memang susah nak cari kawan macam diorang. Betul!


Masa tengah nak buat keputusan tu, aku fikir banyak² kali. Kalau boleh, aku taknak tersilap pilih. Nanti aku pulak yang menyesal. Pada mulanya aku buat keputusan memang nak stay dekat UMT. Sebab bagi aku, itulah impian aku sejak dari kecil. Ingin menjejakkan kaki sehingga ke universiti dan menerima segulung ijazah walaupun bukan dengan jalan yang mudah. Tapi.. Disebabkan ramai yang bagi pendapat, tawaran  bekerja dengan kerajaan bukan senang nak dapat, akhirnya aku membatalkan niat untuk meneruskan pengajian. Memang aku sangat² sedih. Pengalaman sepanjang aku dekat UMT, Terengganu memang sukar nak dilupakan.


Ade yang berkata, kalau aku nak futher study, universiti ade menyediakan pengajian jarak jauh (pjj). Cuma course yang kita inginkan, belum tentu ade untuk part time. Kena bijak memilih. Keesokan harinya, aku pergi ke pejabat untuk buat surat berhenti belajar kepada pihak universiti dan menghantar segala dokumen² yang diperlukan. Dalam surat tawaran bekerja, aku diminta untuk melaporkan diri pd 16/9/2008 di MARDI, Serdang. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dah selesai packing barang, family aku selamat tiba di Kolej Kediaman Tok Jembal (An-Nasai).

"To all my roomates (Liza, Izan, Ecah dan Tatia), terima kasih banyak-banyak sebab tolong aku packing barang dan angkut barang dari tingkat 3. Kenangan bersama korang, memang tak pernah aku lupakan. Bagi aku, bertemu dengan korang adalah pengalaman paling indah dalam hidup aku. Tengok movie hantu dan korea sama², lepak sama² sampai kena kejar dengan polis, kereta sewa mati tengah jalan takde minyak, berbuka puasa sama² sentiasa dalam ingatan aku sehingga kini. Terima kasih untuk segala²nya. Maaf, andai aku pernah terkasar bahasa, tergurau lebih, termakan dan terminum, terlebih merajuk atau apa² je lah. Terima kasih sebab sudi jadi sahabat terbaik sepanjang aku dekat UMT. i love you all, babes!" 

Selamat Tinggal Universiti Malaysia Terengganu. I will miss you forever...

Monday, 8 September 2008

Kenangan Terindah UMT's Girlfriends!

Assalamualaikum...

Kalau diingat² balik kenangan aku dengan roomates yang paling sporting dan best yang pernah aku jumpa sepanjang dekat Universiti Malaysia Terengganu (UMT), memang sampai sekarang aku akan gelak sorang². Ceritanya begini, sepanjang aku masuk dekat UMT memang jarang nak keluar berjalan² dengan roomates. Lagipun aku sorang je course food sciende. Yang lain semuanya course IT. Masa yang berbeza membataskan untuk kami berjalan bersama² tapi tidak semasa di dalam dorm. 

Pernah sekali,  petang tu sepatutnya aku ade kelas Matematik Kejuruteraan Makanan. Before ni, roomates memang dah janji dengan aku nak pergi Perpustakaan Negeri sama². Sebabnya lecturer suruh cari bahan assignment Tamadun Islam & Asia (TITAS) kalau boleh biar dekat situ. Sebab refference dekat internet kureng. Bila dah planning, lain pulak jadinya. Roomates ajak pergi petang tu jugak padahal aku ade kelas. Dahlah time ni bulan puasa. Takkan aku nak berbuka puasa sorang². Kesian dekat aku kan? Dahlah merantau jauh. Kena pulak buka puasa sorang². Aku pun ape lagi merajuk jugak lah sekejap. Fikir punya fikir, last² aku buat keputusan nak ponteng kelas! Rasanya tak pernah lagi aku ponteng kelas. Berdebar jugak lah. Tapi aku suruh kawan aku tolong signature untuk aku. Nakal kan, aku?
Masa mula² nak pergi, ade missunderstanding jugak lah Tatia dengan kawannya tu. Last², sattle dengan cepat. Lepas booking kereta sewa, aku dengan roomates (Liza, Tatia dan Izan) terus pergi library. Dah lah time sampai kat situ, library dah nak tutup. Keluar je dari kereta, terus lari secepat yang mungkin dalam library sebab takut tak sempat nak cari bahan assignment. Siap kena warning dengan mak guard jugak lah. Dalam library pun sunyi je. Kitaorang je meriuhkan suasana. Time nak keluar dari library, terbunyi pulak siren dekat tempat scan barang. Bila berbunyi, wajiblah kena spot check dengan mak² guard yang garang. Tapi, kitaorang terlepas sebab takde barang² yang dicurigai. Fuh... Lega sangat! Sattle satu hal!
Ralat sangat cari tempat berbuka puasa, tengok² jam dah nak dekat waktu berbuka puasa. So, masing² cari dekat area Pantai Batu Buruk. Terjumpa satu kedai yang nampak mewah tapi harga boleh tahan. Masa jalan² dekat Pantai Batu Buruk, terliur pulak tengok orang jual macam². Nafsu time berpuasa lah katakan. Masuk je restoran tu, dengan riuhnya. Sampai orang sekeliling pun tengok gelagat kitaorang. Buat muka tebal je lah. Tengah tunggu makanan sampai, sempat pulak kitaorang suruh pekerja tu tolong tangkap gambar. Nasib baik sporting. Lepas tu, solat dekat Masjid Terapung Terengganu. Alhamdulillah... Ramai orang berjemaah dekat sini.
Masa nak balik, dapat kejadian² yang kelakar. Time nak balik UMT, tiba² kitaorang kena kejar dengan kereta polis. Ingatkan polis nak tahan kereta depan ke ape. Rupa²nya kereta kitaorang. Aiseyman! Berpeluh² jugak lah masa kena soal siasat dengan polis siap kena tunjuk ic lagi. Dah jadi macam artis pulak bila ramai orang tengok kitaorang. Last², polis lepaskan. Patutlah polis tahan sebab kitaorang tak pasang lampu depan. Dalam kereta, semua lega. Pheeewww! Nak menarikkan lagi story kitaorang hari ni, on the way nak balik UMT, tiba² kereta sewa pulak mati tengah jalan. Dah lah sunyi. Dahlah kitaorang tak berapa pandai nak check kereta. Almaklumlah, gegirl kan. Terpaksa call member lelaki. Diorang bawak minyak. Rupa²nya kereta sewa kitaorang meter minyak dah rosak. Siap bertolak beramai² lah time nak startkan enjin kereta. Alhamdulillah.. Selamat sampai kolej. Semua terus landing atas katil. Tak larat nak buat apa² dah. Penat tapi dalam masa yang sama gelak tah hengat!

Bila teringat balik kejadian ni semua, aku terfikir kembali. Pasti ade hikmahnya semua ni. Kalau tak kerana aku ponteng kelas, mungkin aku takkan ade kenangan langsung dengan roomates. Apepun, thanks a lot roomates tersayang sebab korang bagi zaman universiti aku selama 2 bulan setengah dengan memori yang indah!