Tuesday, 12 August 2008

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita?

Assalamualaikum...
sumber : http://selamattinggal.blogspot.com
Kami sulit menahan pandangan mata kami 
ketika melihat kalian, apalagi jika kalian diamanahkan Allah 
kecantikan dan postur yang ideal
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.

Kami sulit menahan pendengaran kami 
ketika berbicara dengan kalian
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.

Kami juga sulit menahan 
bayangan-bayangan hati kalian
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian.


Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh 

hanya dengan senyum kalian
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.


Sungguh Allah telah memberikan amanah terindah kepada kalian 
maka jagalah amanah itu
jangan sampai Allah murka dan memberikan keputusan-Nya.
Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-Nya 
kalian akan menjadi halal bagi kami.


Apalah yang telah aku lakukan selama ini.. 
Ya Rabb, ampunilah daku..
untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,Ya Rabb.


Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti
menemani kami siang dan malam agar iman kami dapat dijaga.

sumber : Sekretariat NYDP2 MPP Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Friday, 8 August 2008

Amalan-Amalan Murah Rezeki.

Assalamualaikum...

Sebenarnya banyak entry bersawang dalam blog dan ada yang i keep it private from strangers. Tunggulah bila dah free nanti, i will concentrated with my blog. Sebab sekarang nak concentrate with my study. Sebab last year, study main-main. So, it's disrupting my studies performance. Nak kata down tu maybe a little bit. Sebab sangat berbeza. But it's okey. I have Allah, family & my love. They gave me full life support. Alhamdulillah...

Terjumpa one of my entry yang tak publish masa study dekat UMT. Amalan-amalan murah rezeki tak kira lah dari segi kemewahan, kebahagiaan, ilmu pengetahuan, kesenangan, kecantikan, ketaqwaan, keluarga dan sebagainya. Allah Maha Adil terhadap hamba-hambaNya. Ada yang lebih pada seseorang itu, ada yang kurang pada seseorang itu. Keep calm and trust in Allah. Here, i'm sharing with you all. Happy reading dan semoga kita mendapat manfaat bersama. InsyaAllah...


Antara amalan-malan Murah Rezeki :


1. Bertakwa kepada Allah

Dalam surah Al-A’raf ayat 96, Allah SWT menjelaskan keutamaan takwa dalam konteks dimurahkan rezeki, yang bermaksud :
Dan (Tuhan berfirman lagi) : “Jikalau sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi. Tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.”  
2. Banyakkan Doa 
Doa dan zikir merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah SWT. Mengingati Allah SWT sama dengan zikir ataupun doa merupakan penyebab kepada kemurahan rezeki dan keberkatannya, penjauh dari segala bahaya.

3. Banyakkan Sedekah

Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang. 
Dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : "Siapa yang bersedekah dengan sebutir kurma dari usaha yang halal, maka Allah akan menerimanya dengan baik, lalu dipeliharaNya seperti kamu memelihara anak kambing atau anak unta sehingga sedekahmu itu bertambah besar menjadi sebesar gunung atau lebih besar daripada itu."
4. Buat Baik kepada Ibu Bapa
Kebahagiaan dan juga kesenangan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada seseorang itu adalah bergantung restu ibu bapa mereka. Oleh yang demikian, berbakti kepada orang tua adalah amalan yang wajib dilaksanakan agar kita peroleh kemurahan rezeki. Ingatlah doa ibu bapa untuk anak anak mereka adalah mudah dikabulkan oleh Allah SWT.

5. Banyakkan Istighfar

Minta ampunkan dosa sendiri. perkara yan paling utama menjamin turunnya rezeki daripada Allah s.w.t. ialah istigfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Menurut al-Nawawi, taubat hukumnya wajib atas individu Muslim. dengan memperbanyakkan istigfar, Allah s.w.t akan menurunkan rezeki kepada hamba-Nya itu.
Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya : "Demi Allah, kalau kamu tidak berdosa, Allah akan menjadikan satu umat lain yang melakukan dosa, lantas mereka beristighfar kepada Allah lalu diampuni dosa mereka."
6. Solat Dhuha
Solat Dhuha ialah solat pada waktu matahari naik bermula dari matahari tinggi sepengganla dan tamat waktunya apabila gelincir matahari. ia dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat, boleh empat rakaat, enam rakaat atau lapan rakaat.
Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya melakukan amalan ini.Bila melakukan solat dhuha kepada Allah s.w.t. mintalah semoga Allah s.w.t. membuka pintu rezeki.

7. Baca Surah Al-Waqiah

Amalan ini juga sangat elok diamalkan dengan membaca setiap pagi agar seseorang itu tidak akan dilanda papa atatu kemiskinan dalam kehidupannya. Ini juga merupakan antara amalan harian Rasulullah s.a.w.

8. Beri Makan Kepada Haiwan-Haiwan

Setiap Muslim hendaklah meletakkan dalam fikirannya bahawa bantuan Allah s.w.t.akan turun kepada seseorang itu apabila ia membantu makhluk Allah s.w.t. yang lain di muka bumi ini. Tidak kiralah sama ada makhluk itu anak Adam, mahupun binatang-binatang ataupun tumbuhan.Sedangkan batu pun sentiasa bertasbih kepada Allah s.w.t., inikan makhluk Allah s.w.t. yang bernyawa.

9. Jangan Menyeksa Binatang

Menyeksa binatang adalah melanggar Sunnahtullah dan sama seperti merosakkan ciptaan Allah s.w.t.Dalam Islam ini sudah pasti dilarang sama sekali kerana setiap amalan buruk itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. sama ada terus di dunia ataupun di akhirat kelak.

10. Sambung Silaturahim

Yang dimaksudkan sambung silaturahim menurut Mulla ‘Ali al-Qari ialah berbuat ihsan (baik) kepada kaum kerabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan perkahwinan.
Kita dituntut melakukan kebaikan terhadap mereka dan mengambil berat tentang hal mereka. Terdapat hadis menunjukan kepentingan menghubung silaturahim untuk mendapat keberkatan rezeki.
Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda : “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”. 
11. Membayar Zakat
Zakat merupakan salah satu Rukun Islam dan wajib dikeluarkan setiap individu Muslim yang berkemampuan. Setiap apa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. itu ada ganjaran bagi mereka yang melaksanakan dengan hati yang ikhlas semata mata kerana Allah s.w.t. Zakat juga merupakan salah satu cara membantu golongan fakir miskin dan sudah semestinya Allah s.w.t. akan membantu mereka yang membantu saudara mereka.
sumber : www.google.com

Monday, 4 August 2008

Tutorial : Cara-Cara Buat Blog.

Actually, aku mula tahu tentang dunia blogger yang super duper exciting ni daripada senior IT yang berambut cacak ala² macam trojan. Masa subject Aplikasi Komputer, seorang senior IT ajar budak² junior termasuklah aku untuk sign up blog. Katanya, kita boleh jadikan blog sebagai salah satu platform untuk menceritakan kehidupan sehari² yang akan dan telak berlaku. Sesetengahnya, menganggap sebagai diari hidup. Yeke?

Di bawah ni, aku share dengan korang macam mana nak sign up blog :

1. Sign up account blogspot korang. Lebih baik gunakan account google sebab sebarang kemusykilan, notifications akan dihantar terus ke account gmail.


2. Pilih lah template yang kau orang idam-idamkan sama ada yang telah tersedia di blogspot atau boleh search di laman web.
3. Kalau kau orang nak letak link, photo, clock or lain-lain boleh click dekat layout dan add gadget. Dekat dalam tu ada macam-macam jenis gadget. Boleh arrange kan gadget ikut kreativiti masing-masing. Save apa yang kau orang dah buat supaya semuanya tak hilang.
4. Dah, save boleh view blog. Kalau kau orang tak puas hati, kau orang boleh tukar sampai kau orang puas hati. Tttaaarrraaa... Sudah siap jua akhirnya. Senangkan?

Senior tu tiba-tiba bersuara masa kita orang tengah khusyuk surfing internet. Senior tu bagi masa dekat junior selama 2 minggu untuk mensattlekan blog masing-masing. Hurm. Apelagi? Bila semua dah dapat online, masing-masing buat-buat sibuk. Mana taknya susah betul nak berinternet. Siap kena berebut tempat lagi. Biasalah zaman sekarang manalah budak-budak nak share. Walaupun ada istilah sharing is caring. Kalau boleh nak buat semuanya jadi harta milik sendiri. Haha. Senior tu budget junior khusyuk sattlekan kerja yang dia bagi padahal kita orang bukannya ambil port sangat. Kesian pulak aku nengokkan. Aku usha-usha ramai  kawan aku yang dok layan myspace,friendster, youtube. Ha! Itulah ragam budak-budak zaman IT. Betul tak kau orang pun macam ni jugak? Ala... Sengih-sengih tu ada maknanya lah tu kan? Hehe. Walauapapun terima kasih banyak-banyak, encik Senior di atas ilmu yg diberikan. Kalau tak ada beliau, memang takkan tahulah dunia blogger ni. Hehe.

Sunday, 3 August 2008

Apakah Itu Qarin?

Assalamualaikum...

Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. 

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." 
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah RA menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata : "Aku merasa cemburu." 
Tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya : "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" 
Aku berkata : "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." 
Sabda Baginda : "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" 
Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" 
Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." 
Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" 
Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." 
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar RA, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam AS dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." 
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan : Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan. Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.
sumber : Tegakkan Khilafah Islamiyah