26 February 2012

Cuti-Cuti Malaysia Dengan Family-In-Law. ♥

Assalamualaikum...

Bulan lepas, aku dengan encek Suami dah rancang dengan family encek Suami nak berkumpul ramai-ramai. Al-maklumlah dah lama sangat tak jumpa antara satu sama lain. Lepas balik dari kerja, aku dengan encek Suami terus gerak balik rumah family aku. Esok paginya baru gerak ke rumah family encek Suami. Kebetulan hari Sabtu ade jemputan kenduri kahwin dekat rumah family kakak ipar encek Suami dekat Ipoh. Sambil tu sempatlah pergi jalan-jalan dekat nursery sekitar Ipoh. Mak mertua memang minat sangat dengan hiasan tanaman. Aku yang tengok pun boleh tergoda. Tapi... Biasalah encek Suami, sebelum datang pung pang pung pang nak buat hiasan dekat rumah. Bila dah sampai, membisu seribu bahasa. :P
sumber : http://www.fazlisan.com/
Dah puas memborong, gerak ke rumah kakak encek Suami dekat Kuala Kangsar. Sepanjang perjananan, harusss lah aku tidur. Dah takde idea nak menyembang apa dengan family mertua konon-kononnya. Sampai dekat rumah kakak encek Suami, terus bersilat memasak dekat dapur. Takpelah... Menantu memang kena rajinkan diri untuk ambil hati family mertua. Sambil-sambil tu boleh tahu serba sedikit resepi turun-temurun. Ye tak? Petang tu, Abang encek Suami dari Kedah baru sampai. Dah namanya cuti-cuti Malaysia, kenalah cuci-cuci mata sekitar Kuala Kangsar. Anak buah ramai sangat, pot pet pot pet memang jadi riuh!
Malam, masa untuk berbabeque! Memang aku dengan encek Suami lah jadi mangsa untuk membakarnya. Bila ayam dah masak untuk 1st round, masing-masing berebut-rebut nak makan. Macam tu jugaklah untuk 2nd dan 3rd round. Alih-alih masa 4th round, aku dengan encek Suami surrender. Tak boleh jadi ni, asyik kitaorang je yang bakar. Nak jugak makan ye tak? Last-last abang ipar encek Suami yang ambil alih tugas memasak. Kami makan dulu ye. :P
sumber : http://cendanakasih.blogspot.com
Esoknya, dari pagi sampailah tengah hari aktiviti kaum wanita hanyalah dekat dapur. Walaupun penat, tapi best pulak bila dapat memasak ramai-ramai dengan family mertua. Baru meriah. Kaum lelaki dan anak-anak buah? Duduk dekat ruang tamu lah nampaknya sambil menggoyangkan kaki. :P Untunglah kannn... Breakfast makan pasembor dengan mee sanggul goreng. Memang sedap! Aku siap bertambah-tambah lagi. Tengah hari pulak, makan nasi dengan lauk-pauk. Ade satu lauk ni, aku rasa macam pelik sebab tak pernah nampak dan tak pernah makan. Pisang masak lemak, resepi Mak mertua. Tapi... Bila aku try makan, ya Allah sedapnyaaa! Banyak kali aku bertambah nasi panas dengan pisang tu. Masam dan manis memang sekata.
Lepas Zohor, semua berkemas dan bersiap-siap nak ke Penang. Singgah dulu dekat rumah family mertua kakak encek Suami. Malamnya, rancang nak balik Perak terus. Bila fikirkan, penat berjalan sana sini. So, ambil keputusan bermalam dekat rumah abang encek Suami dekat Kedah. Malam tu, aku dengan encek Suami tidur dekat ruang tamu dengan anak buah. Sebab tak habis tengok filem Hijab, malam tu abang encek Suami tolong pasangkan dvd filem Hijab. encek Suami memang dah lama tidur. Penat drive agaknya. Yang tengok, aku, anak buah dengan Mak mertua. Sampai satu part, anak buah menjerit sebab terkejut tengok hantu. Apalagi, aku dengan Mak mertua pun terkejut sekali. Lepas tu, masing-masing gelak. :P Bila dah habis tengok, semua jadi takut. Sampaikan aku dengan anak buah masing-masing nak tidur dekat dengan encek Suami.
sumber : http://gegurljua.blogspot.com
Esok paginya, lepas breakfast, barulah gerak balik Perak. Bila dalam kereta, biasalah sekali lagi aku tertidur. Bila bukak mata, aku cakap dalam hati "Eh, masa bila boleh sampai dekat Zoo Taiping ni?" Walhal masa tertidur, tak dengar langsung pasal nak jalan-jalan dekat Zoo Taiping. Takpelah... Alang-alang dah sampai kan. Apa salahnya habiskan waktu yang ade dengan sebaik-baiknya. Tapi aku akan cerita pasal Zoo Taiping, the next entry okey?

Walaupun penat, tapi perjalanan kali ni memang best. Padahal rancang pun masa last-last minute. Sebabnya kalau rancang awal-awal, selalunya tak jadi. Ye tak? Tak sabar nak tunggu bulan 6. Cuti-cuti Malaysia lagi dengan family mertua. Di mana? Tungguuu. :P